Utusan Borneo (Sarawak)

PERAGUT TERSUNGKUR DITERAJANG SAINTIS

-

KUCHING: Padah menimpa seorang peragut apabila tumpas di tangan seorang saintis warga New Zealand yang bertindak berani mengejarny­a selepas dikatakan melarikan telefon bimbitnya dalam satu insiden di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini semalam.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Matthew Alexander berusia 26 tahun itu semasa kejadian sedang melipat pakaian yang baharu dicucinya di sebuah dobi iaitu sekitar jam 10.30 pagi apabila didatangi suspek yang kemudian terus mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja.

“Saintis terbabit tanpa mempedulik­an keselamata­nnya kemudian terus mengejar suspek yang akhirnya tersungkur di atas jalan raya apabila dikatakan diterajang olehnya.

“Orang ramai yang melihat insiden tersebut kemudian terus membantu menahan suspek yang dikatakan cuba bertindak agresif,” kata sumber.

Bagaimanap­un, suspek semasa ditahan menafikan dia yang mencuri telefon bimbit mangsa.

“Suspek mendakwa bahawa dirinya telah dituduh mencuri telefon bimbit mangsa dengan turut membuktika­n beg serta poketnya yang kosong.

“Helah suspek bagaimanap­un terbongkar apabila orang awam yang membantu mangsa menemui telefon bimbit mangsa, yang disyaki dibuang oleh suspek semasa menyedari dirinya dikejar saintis terbabit,” kata sumber.

Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a dan telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatka­n rawatan sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­den Abang Junaidi Abang Anuar semasa dihubungi mengesahka­n kejadian tersebut dan memberitah­u, mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Untuk makluman, mangsa melaporkan semasa kejadian dia sedang berada di sebuah dobi dan mangsa melancong ke sini seorang diri, di mana lusa dijangka akan ke Filipina,” katanya ketika dihubungi semalam.

Siasatan lanjut pihak polis berhubung kejadian juga masih dijalankan.

“Mangsa selain itu, turut mengucapka­n terima kasih kepada warga Kuching yang membantuny­a menahan suspek dan menurutnya insiden tersebut tidak akan menghalang­nya untuk datang ke sini lagi pada masa akan datang,” kata Abang Junaidi.

 ??  ?? TUMPAS: Suspek diserah kepada polis untuk tindakan selanjutny­a. — Gambar media sosial
TUMPAS: Suspek diserah kepada polis untuk tindakan selanjutny­a. — Gambar media sosial

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia