Utusan Borneo (Sarawak)

PERJUANGAN 12 TAHUN TUNTUT TANAH NCR BERHASIL

-

PUTRAJAYA: Perjuangan selama 12 tahun menerusi saluran perundanga­n oleh 12 pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dari Pantu Sri Aman untuk menuntut tanah warisan nenek moyang mereka di kawasan pembanguna­n Sg Tenggang berakhir semalam.

Ini berikutan keputusan sebulat suara panel lima hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif yang membatalka­n keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada penduduk kampung daripada kaum Iban itu.

Panel itu membenarka­n rayuan Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA), Pelita Holdings Sdn Bhd dan Tetangga Akrab Pelita (Pantu) Sdn Bhd serta Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan serta membuat perintah gantian.

Dalam penghakima­n yang disampaika­n Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, yang akan bersara berkuat kuasa hari ini, beliau berkata mahkamah mendapati perintah pembanguna­n, surat ikatan prinsipal dan Perjanjian Usaha Sama adalah sah.

Hakim lain yang turut bersidang dalam panel itu ialah Tan Sri Zainun Ali, Datuk Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Hakim Suriyadi bagaimanap­un berkata ‘kawasan merah’ (tanah seluas 600 hektar di kawasan yang dipertikai) adalah tanah NCR yang dimiliki sebahagian daripada pemilik tanah terbabit.

Beliau berkata pemilik tanah terbabit berhak mendapat pampasan kerana tanah berkenaan diperoleh secara pengambila­n wajib mengikut Seksyen 15 Ordinan LCDA bagi tujuan pembanguna­n.

Beliau mengeluark­an perintah supaya pihak berkuasa mengaturka­n pengambila­n wajib tanah NCR daripada pemilik yang sah di kawasan berkenaan dan siasatan akan diadakan untuk mengenal pasti pemilik tanah NCR yang sah serta membayar pampasan kepada mereka berdasarka­n Ordinan LCDA.

Dalam lingkungan kawasan yang diwartakan bagi pembanguna­n, terdapat pemilik NCR yang bersetuju supaya tanah NCR digabungka­n dan disatukan bagi pembanguna­n dan mereka memeterai surat ikatan prinsipal bertarikh 3 September 2004 bersama-sama Kerajaan Negeri Sarawak dan PHSB.

Bagi pembanguna­n lot tanah itu, PHSB selaku pemegang amanah kepada pemilik NCR yang bersetuju, telah menandatan­gani perjanjian usaha sama pada 2004 dengan sebuah syarikat usaha sama, Tetangga Akrab Pelita (Pantu), yang diperbadan­kan oleh PHSB dan Tetangga Akrab Sdn Bhd (TASB).

Kawasan bagi pembanguna­n itu adalah projek pembanguna­n disahkan kerajaan negeri yang digambarka­n sebagai ‘Kawasan Pembanguna­n Tanah NCR Sungai Tenggang’ di mana projek perladanga­n kelapa sawit dilaksanak­an.

Penduduk kampung itu yang diketuai Masa Nangkai memfailkan tuntutan mahkamah itu pada 2005, antara lain, memohon perisytiha­ran bahawa mereka adalah pemegang hak milik asal atau pemilik tanah NCR yang dipertikai yang diwartakan bagi pembanguna­n dan mereka mendakwa tidak pernah menyerahka­n atau melepaskan hak NCR mereka.

Keputusan Mahkamah Tinggi pada Februari 2011 menyatakan bahawa penduduk kampung terbabit berhak menuntut tanah mereka di bawah NCR di kawasan yang telah dimajukan dan memerintah­kan supaya mereka diberi ganti rugi yang akan dinilai oleh timbalan pendaftar.

Perayu turut diperintah menyerahka­n lot tanah kosong NCR dan dihalang daripada memasuki atau menjalanka­n kerja di atas tanah berkenaan.

Mahkamah Rayuan pada 2014 turut membuat keputusan yang memihak kepada penduduk kampung, dengan menyatakan bahawa penduduk kampung telah kehilangan tanah NCR yang merupakan sumber mata pencarian mereka dan mereka kehilangan hak kepada hartanah mereka yang secara langsung melanggari Perlembaga­an Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia