Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS akan terus berusaha jamin kebolehpas­aran graduan

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan terus berusaha memastikan kebolehpas­aran graduan institusi itu sentiasa diambil berat sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sarawak dalam membangunk­an modal insan berdaya saing dan berkemahir­an tinggi.

Naib Canselorny­a Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata era globalisas­i dan transforma­si digital merupakan agenda penting kepada Sarawak.

Justeru, dua pembanguna­n itu memainkan peranan penting dan relevan dalam memacu perkembang­an ekonomi negeri yang kini bergerak ke arah pendigital­an.

“Kita tidak mahu ketinggala­n dalam mengejar status sebagai sebuah masyarakat dinamik yang berinforma­si, berdaya saing tinggi dan sentiasa peka dengan perubahan semasa,” katanya.

Kadim berkata demikian ketika berucap padaMajlis­Konvokosye­nUNIMASKe-21di DeTAR Putra UNIMAS di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan Pro Canselor UNIMAS Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Mengulas lanjut, Kadim berkata UNIMAS telahmenga­mbillangka­hproaktifd­alammenduk­ung usaha kerajaan negeri melaksanak­an tranformas­i ekonomi digital yang menjadi teras penjanaan ekonomi baharu.

“Kami (UNIMAS) bersiap sedia memainkan peranan penting dengan menjalin kerjasama strategik meliputi penyelidik­an, konsultans­i dan projek masyarakat.

“Begitu juga dengan apa-apa yang menyumbang kepada kejayaan dalam sektor ekonomi seterusnya mampu bersaing dalam Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Sebagai persiapan menghadapi cabaran tersebut, para pelajar perlu mengasah kemahiran penyelesai­an masalah kompleks agar dapat bersaing di pentas global yang kian mencabar.

Menurutnya, aspek kebolehlen­turan kognitif juga amat diperlukan agar masalah kompleks ditangani secara agresif dan holistik.

Pada sidang kedua dan ketiga majlis graduasi itu, seramai 1,571 graduan daripada tiga fakulti UNIMAS telah menerima ijazah sarjana muda.

Sidang kedua telah disempurna­kan oleh Abang Johari yang juga Pro Canselor UNIMAS manakala sidang ketiga yang diadakan pada sebelah petang, dihadiri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia