Utusan Borneo (Sarawak)

AWANG MAHYAN TERIMA PENGIKTIRA­FAN TERTINGGI

Jurulatih Sarawak pertama dianugerah­kan Tokoh Sukan, Jurulatih Sepanjang Zaman oleh Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Bekas jurulatih Sarawak era Ngap Sayot, Awang Mahyan Awang Mohamad menjadi jurulatih Sarawak pertama menerima pengiktira­fan tertinggi daripada Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM).

Beliau bersama lima jurulatih lain dianugerah­kan Tokoh Sukan, Jurulatih Sepanjang Zaman semasa Simposium dan Anugerah Kejurulati­han Bola Sepak Malaysia 2017 diadakan Sabtu lepas di TH Hotel, Kelana Jaya, Selangor.

Turut menerima anugerah tersebut ialah Datuk Mohammad Bakar, Datuk M Karathu, Datuk Ahmad Shafie, Wan Jamak Wan Hassan dan Azrai Khor.

Presiden PJBM B Sathianath­an menyampaik­an anugerah kepada penerima yang turut dihadiri Timbalan Presiden PJBM Datuk Ong Kim Swee.

Anugerah tersebut sebagai menghargai jasa dan sumbangan keenam-enam jurulatih legenda itu terhadap pembanguna­n bola sepak negara sepanjang mereka berkecimpu­ng dalam sukan tersebut.

Ketika ditemui, Mahyan, 67, melahirkan rasa terharu selepas menerima anugerah tersebut daripada PJBM.

“Terima kasih kepada PJBM di bawah pimpinan presidenny­a B Sathianath­an atas pengiktira­fan tertinggi ini yang saya sifatkan amat bermakna bagi saya.

“Saya percaya pengiktira­fan seperti ini sedikit sebanyak akan melonjakka­n lagi semangat jurulatih- jurulatih tempatan untuk terus berusaha memartabat­kan bola sepak negara,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a semalam.

Mahyan mencetus fenomena tersendiri semasa mengendali­kan skuad itu dari 1988 hingga 1990 apabila berjaya mengangkat bola sepak Sarawak ke tahap disegani.

Pencapaian terbaik beliau sepanjang menjadi jurulatih ketika membawa Sarawak mara ke separuh akhir Piala Malaysia pada 1988.

Terima kasih kepada PJBM di bawah pimpinan presidenny­a B Sathianath­an atas pengiktira­fan tertinggi ini yang saya sifatkan amat bermakna bagi saya. Awang Mahyan Awang Mohamad Bekas jurulatih Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? KEBANGGAAN SARAWAK: Awang Mahyan memperagak­an trofi anugerah PJBM di kediamanny­a semalam.
KEBANGGAAN SARAWAK: Awang Mahyan memperagak­an trofi anugerah PJBM di kediamanny­a semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia