Utusan Borneo (Sarawak)

Trump bidas ‘rejim kultus’ Pyongyang

Kecaman bersulam diplomasi cara Presiden AS itu dikhuatiri cetus kontrovers­i

-

SEOUL: Presiden Donald Trump memberi amaran kepada pemerintah­an kuku besi yang kejam di Korea Utara untuk tidak memandang rendah Amerika Syarikat ( AS) semalam, tetapi menawarkan masa depan yang lebih baik kepada pemimpin Kim Jong-Un jika beliau melupakan cita-cita programnya.

Dalam satu ucapan kepada Parlimen Korea Selatan, yang pertama oleh presiden AS dalam tempoh 24 tahun, Trump melakar gambaran gelap mengenai Pyongyang sebagai rejim zalim yang menindas.

Beliau menyeru kepada dunia untuk bertindak, khususnya mengetenga­hkan dua sekutu Korea Utara, China, yang ditujuinya lewat semalam, dan Rusia.

“Korea Utara merupakan sebuah negara yang diperintah sebagai satu kultus,” kata pemimpinAS­itu,setahuntep­at selepas beliau memenangi pilihan raya.

“Di tengah-tengah kultus ketenteraa­n ini adalah kepercayaa­n gila kepada takdir pemimpin untuk memerintah sebagai pelindung induk ke atas semenanjun­g Korea yang ditakluki dan bangsa Korea yang diperhamba­kan.”

Sebelum pertemuann­ya dengan Presiden China Xi Jinping di mana negara China bertanggun­gjawab bagi kirakira 90 peratus daripada ekonomi Korea Utara, Trump menyeru kepada dunia untuk bersatu menentang ancaman dari Pyongyang.

“Anda tidak boleh menyokong, anda tidak boleh membekal, anda tidak boleh menerima,” katanya, dan menggesa China dan Rusia untuk melaksanak­an sepenuhnya sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menurun taraf hubungan diplomatik, dan memutuskan­semuahubun­gan dagangan dan teknologi.

Terdahulu Trump terpaksa membatalka­n lawatan mengejut ke Zon Bebas Tentera (DMZ) yang membahagik­an kedua- dua negara Korea disebabkan oleh keadaan cuaca buruk, yang menghampak­annya, menurut Rumah Putih.

Presiden Korea Selatan Moon Jae-In, yang terbang lebih awal sebelum kabus berlaku, menungguny­a di sebuah pos pengawal di sempadan, yang penuh dengan pagar elektrik, bom periuk api dan perintang antikereta kebal.

W a l a u p u n T r u m p mengecam pihak berkuasa, beliau turut menghulurk­an tangan kepada pemimpin Kim Jong-Un, yang telah menyelia kemajuan yang pesat dalam teknologi senjatanya.

Dalam apa yang beliau sebut sebagai pesan secara langsung kepada pemimpin muda negara itu, beliau memberitah­unya: “Senjata yang anda perolehi tidak membuatkan anda lebih s e l a m a t , s e b a l i k n y a meletakkan rejim anda dalam bahaya yang besar.”

“Korea Utara bukan syurga yang datuk anda bayangkan, sebaliknya neraka yang tidak layak bagi sesiapa pun.

“Namun demikian, walaupun anda telah melakukan setiap jenayah menentang Tuhan dan manusia, kami akan menawarkan jalan ke arah masa depan yang jauh lebih baik,” ujarnya.

Bagaimanap­un ia perlu bermula dengan tindakan K o r e a U t a r a y a n g menghentik­an pembanguna­n misil balistik, kata Trump, serta pemansuhan senjata nuklear yang total dan disahkan sepenuhnya.

Penganalis­is berkata ucapan itu mungkin tidak akan diterima dengan baik di Pyongyang, yang khususnya sensitif mengenai kritikan terhadap pemimpinny­a.

Go Myong- Hyun, dari Institut Kajian Dasar Asan di Seoul, berkata kritikan terbuka terhadap realiti di Korea Utara memudarkan prospek bagi rundingan.

“Mesej yang beliau sampaikan ialah AS tidak akan membuka dialog menurut terma Korea Utara,” katanya.

Yang Moo- Jin dari Universiti Kajian Korea Utara di Seoul berkata beliau amat kecewa.

“S e p a r u h p e r t a m a ucapannya kelihatan seperti sidang akhbar yang dibuat pembelot dari Korea Utara,” katanya manakala mesej Trump bahawa program nuklear Korea Utara tidak akan dibiarkan bukanlah sesuatu yang baharu.

“Namun melabel Kim diktator kejam mungkin memadai untuk menimbulka­n kemarahan Korea Utara kerana sistem Korea Utara meletakkan kepentinga­n utama kepada maruah kepimpinan­nya,” katanya.

Sebelum ucapan itu, akhbar Rodong Sinmum di Korea Utara, wadah untuk Parti Pekerja yang m e m e r i n t a h n e g a r a , mengecam lawatan Trump, dan menyifatka­nnya sebagai ‘skim sengaja bertujuan untuk mengukuhka­n ancaman ketenteraa­n ke atas kami dan menyalakan fius perang nuklear’. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RETORIK MELAMPAU: Trump menyampaik­an ucapan di Dewan Negara di Seoul, semalam.
— Gambar AFP RETORIK MELAMPAU: Trump menyampaik­an ucapan di Dewan Negara di Seoul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia