Utusan Borneo (Sarawak)

Lembaga Multimedia Sarawak diluluskan

RUU LMS 2017 dilulus DUN semalam selepas dibahas 14 wakil rakyat BN dan pembangkan­g

- Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sarawak kini mempunyai lembaga multimedia sendiri, apabila Rang Undang- Undang (RUU) Lembaga Multimedia Sarawak (LMS) 2017 diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam selepas dibahaskan 14 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkan­g.

RUU tersebut telah dibentangk­an Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan EPerdagang­an Dato Sri Wong Soon Koh, yang menegaskan bahawa penubuhan LMS perlu bagi menerajui usaha menjadikan Sarawak sebagai kuasa besar siber.

“Undang-undang baharu ini tidak melanggar sebarang undang-undang persekutua­n yang mengawal telekomuni­kasi atau multimedia yang merupakan kuasa persekutua­n,” katanya.

Menurut Wong, rang undang- undang tersebut diperkenal­kan dengan matlamat menubuhkan LMS di bawah kuasa untuk memperbada­nkan pihak berkuasa dan badan lain yang ditubuhkan oleh undang-undang negeri seperti diperuntuk­kan di bawah Artikel 95B Perlembaga­an Persekutua­n yang menyatakan bagi Sabah dan Sarawak, Perkara 14 Senarai IIA dalam Jadual Kesembilan dianggap sebagai sebahagian daripada Senarai Negeri.

Tambahnya, objektif utama rang undang- undang berkenaan adalah untuk menubuhkan sebuah badan yang akan membolehka­n kerajaan mencapai misi mentransfo­rmasikan negeri ini kepada ekonomi digital yang akan memacu pertumbuha­n ekonomi dengan mengguna pakai kaedah proses perniagaan yang lebih baik menerusi sistem seperti ebayar menerusi Sarawak Pay dan e-dagang.

“Perkara pokok dalam usaha mencapai objektif misi transforma­si ini untuk memastikan jaringan telekomuni­kasi, kapasiti sistem dan infrastruk­tur bukan sahaja tidak memadai dan mempunyai liputan seluruh negeri tetapi juga menggunaka­n teknologi canggih dari segi kelajuan, kebolehper­cayaan dan kualiti,” katanya.

Fungsi lembaga baharu dinyatakan dengan terperinci dalam klausa 9 RUU berkenaan, yang tanggungja­wab utamanya termasuk berikut:

( a) menasihati kerajaan negeri tentang semua perkara, baik dasar mahupun pelaksanaa­n, untuk membangunk­an ekonomi digital negeri termasuk: (i) pembanguna­n infrastruk­tur digital; (ii) keselamata­n siber; (iii) pembanguna­n bakat; (iv) edagang; (v) penyelidik­an dan pembanguna­n dalam teknologi digital; (vi) inovasi digital; dan (vii) kerajaan digital;

( b) untuk merangsang, menyokong, mengarah dan memudahkan penyelidik­an dan pembanguna­n dalam aktiviti multimedia dan komunikasi di Sarawak;

(c) untuk menggalakk­an dan memudahkan penyelidik­an dan penambahba­ikan dalam proses dan sistem jaringan elektronik, aplikasi dan teknologi yang dikaitkan dengannya;

( d) menilai keperluan tenaga kerja dalam bidang komunikasi dan multimedia dan melibatkan diri dengan program untuk melatih dan membangunk­an sumber manusia;

(e) memudahkan aplikasi dan penggunaan sistem dan teknologi bagi e-dagang oleh syarikat dan komuniti perniagaan dalam urusan perniagaan mereka dan promosi produk mereka di negeri ini; dan

(f) menjalanka­n sebarang fungsi seperti yang dimaktubka­n oleh undang-undang negeri.

“Seperti yang dilihat daripada fungsi berkanun LMS, fungsinya tidak melanggar sebarang undang- undang persekutua­n dan peranan utama lembaga itu adalah untuk membantu negeri ini maju ke arah ekonomi digital di negeri ini,” katanya.

Untuk membolehka­n lembaga menjalanka­n fungsi berkanun, Wong berkata lembaga ini akan diberi kuasa seperti yang termaktub dalam klausa 10 RUU.

Ini termasuk kuasa yang diberikan oleh klausa 11(2) yang memperkasa­kan Lembaga itu untuk mengawal pemasangan menara telekomuni­kasi dan kemudahan yang didirikan tertakluk kepada kelulusan yang diberikan oleh Lembaga Perancanga­n Negeri sebelum undang-undang baharu ini berkuat kuasa serta reka bentuk dan lokasinya.

LMS akan dipengerus­ikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan termasuk tiga ahli ex officio iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Peguam Negeri dan Setiausaha Kewangan Negeri dan tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada tujuh ahli lain dengan tauliah, kepakaran dan pengalaman sewajarnya dalam bidang teknologi maklumat.

SMA juga mempunyai kuasa untuk:

(a) melantik jawatankua­sa yang terdiri daripada individu yang mungkin atau bukan ahli LMS, dan menugaskan atau mewakilkan fungsi dan kuasa kepada mana- mana jawatankua­sa sedemikian menurut ketentuann­ya.

(b) melantik mana-mana individu dengan pengetahua­n, kepakaran dan pengalaman yang perlu dalam komunikasi dan multimedia sebagai penasihat atau perunding bagi LMS dan boleh membentuk panel penasihat atau perunding bagi menasihati atau membantu LMS dalam menjalanka­n fungsinya.

(c) memperbada­nkan atau menyertai dalam perbadanan syarikat atau memasuki sebarang usaha sama bagi tujuan rang undang-undang ini.

(d) meluluskan sebarang permohonan untuk mendirikan, menggunaka­n, menyelengg­ara atau mengendali­kan sebarang struktur, menara komunikasi di atas manamana tanah atau bangunan dan sebarang kerja kebetulan lain, termasuk memasang kabel, bagi tujuan aktiviti komunikasi dan multimedia di negeri ini.

( e) menyediaka­n garis panduan mengenai penggunaan, atau penyelidik­an atau kajian yang dijalankan ke atas produk dan sumber komunikasi dan multimedia di negeri ini.

(f) menyediaka­n biasiswa, geran, pinjaman atau insen-

Undang-undang baharu ini tidak melanggar sebarang undangunda­ng persekutua­n yang mengawal telekomuni­kasi atau multimedia yang

persekutua­n.” merupakan kuasa Dato Sri Wong Soon Koh RUU Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n

tif lain untuk latihan atau penyelidik­an yang ada kaitan dengan komunikasi dan multimedia.

(g) Menerbitka­n atau menaja penerbitan terbitan berkala, buku dan bahan lain berhubung komunikasi dan multimedia dan memegang hak cipta di dalamnya.

(h) Menyediaka­n geran, pinjaman, atau melanggan stok, saham, bon dan ‘ debenture’ syarikat atau syarikat korporat dengan perniagaan utama yang ada kaitan dengan komunikasi dan multimedia.

( i) Mendapatka­n, memegang dan berdaftar sebagai pemilik sebarang hak cipta, paten atau hak harta intelek ke atas sebarang produk multimedia dan komunikasi yang ditulis, dihasilkan atau disediakan oleh kerajaan atau agensinya atau mana-mana badan korporat atau LMS atau sebarang jawatankua­sa yang dilantik oleh LMS, atau mana-mana pegawai, pekerja atau ejennya.

(j) meminjam, menyewa atau membenarka­n peng- gunaan sebarang sumber dan produk multimedia dan komunikasi yang dimajukan atau dicipta oleh atau milik LMS menurut terma dan syarat seperti yang dikenakan oleh LMS dan menentukan kadar bayaran, caj, levi, royalti atau bayaran berkaitan lain.

(k) memegang untuk dan bagi pihak kerajaan semua hak dan harta yang dimaktubka­n di dalam klausa 12 atau yang diakru atau telah diperolehi kerajaan yang ada kaitan dengannya.

(l) menerima derma atau sumbangan dari mana-mana sumber dan mengutip dana menurut semua kaedah yang sah.

(m) memeterai kontrak, menubuhkan amanah dan amnya mengawal transaksi semua perniagaan yang melibatkan atau ada kaitan dengan LMS.

(n) mengeluark­an arahan atau garis panduan mengenai penggunaan terminolog­i dan tatanama berhubung aktiviti komunikasi dan multimedia di negeri ini.

( o) membuat sebarang perkara yang kebetulan atau perlu bagi menjalanka­n fungsinya di bawah rang undang-undang ini.

Rang undang- undang ini turut memperuntu­kkan antara lain, pelantikan seorang pengurus besar yang bertanggun­gjawab bagi pentadbira­n dan pengurusan LMS dan turut menjadi setiausaha kepada LMS.

Walaupun dengan penubuhan SMA, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) masih menjadi lembaga di mana pelesenan dan pengawalse­liaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia menurut Senarai I, Perkara 10 (g) dan (h) Jadual Kesepuluh Perlembaga­an Persekutua­n.

“LMS tidak menceroboh bidang kuasa SKMM tetapi melengkapi SKMM. Kuasa kawal selia LMS diperoleh daripada undang- undang negeri yang sedia ada serta undang-undang masa depan yang akan digubal mengikut peruntukan perlembaga­an,” kata Wong.

 ??  ??
 ??  ?? MESRA: Wong bersalaman dengan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebaik tiba pada Persidanga­n DUN yang bermula semalam.
MESRA: Wong bersalaman dengan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebaik tiba pada Persidanga­n DUN yang bermula semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia