Utusan Borneo (Sarawak)

Padah lakukan peras ugut

Lelaki warga emas ditangkap selepas minta wang perlindung­an RM8,000 daripada seorang kapitan

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seorang lelaki warga emas ditangkap selepas dikatakan memeras ugut dengan meminta wang perlindung­an kira- kira RM8,000 daripada seorang kapitan di Tapah, Padawan dalam satu kejadian barubaru ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata mangsa yang risau akan keselamata­nnya terpaksa membuat laporan polis berhubung kejadian yang kemudian membawa kepada penangkapa­n suspek pada hari yang sama.

“Isunya adalah, suspek meminta wang perlindung­an daripada kapitan terbabit yang dikatakan menggunaka­n jalan raya yang telah disediakan dan kerana risau akan keselamata­nnya menyebab- kan dia terus membuat laporan kepada pihak polis.

“Suspek kemudian berjaya ditangkap pada hari yang sama dan dia juga mengaku melakukan pemerasan tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Sehenti (One Stop Centre) IPD Padawan, di Kota Sentosa semalam.

Aidil turut memberitah­u bahawa suspek telah dituduh di mahkamah atas tujuh pertuduhan dan telah diikat jamin oleh seorang penjamin sebanyak RM1,500 untuk setiap pertuduhan.

“Suspek juga dikatakan bukan kali pertama melakukan pemerasan, tetapi dia tidak melibatkan geng sebaliknya bergerak secara individu.

“Siasatan lanjut juga mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau,” katanya.

Isunya adalah, suspek meminta wang perlindung­an daripada kapitan terbabit yang dikatakan menggunaka­n jalan raya yang telah disediakan dan kerana risau akan keselamata­nnya menyebabka­n dia terus membuat laporan kepada pihak polis. Superinten­den Aidil Bolhassan Ketua Polis Daerah Padawan

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Aidil bercakap pada sidang media tersebut semalam.
SIDANG MEDIA: Aidil bercakap pada sidang media tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia