Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak jadikan Estonia model digital terbaik

Untuk penyambung­an Internet pantas dan penembusan penting ke arah ekonomi digital

- Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sarawak jadikan negara Estonia sebagai model digital terbaik untuk pelaksanaa­n bagi penyediaan penyambung­an Internet pantas dan penembusan penting ke arah membangunk­an ekonomi digital.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, malahan Estonia diakui dunia atas kejayaan digitalisa­sinya yang luar biasa serta kerajaan yang berpandang­an ke hadapan sehingga masyarakat­nya beralih kepada masyarakat berteknolo­gi atau e-Estonia.

“Estonia merupakan sebuah negara kecil hanya bersaiz 45,336 kilometer persegi dengan penduduk hanya 1.3 juta telah menjadi kuasa utama digitalisa­si di dunia.

“Ia memulakan perjalanan digitalnya pada kerangka yang betul, perundanga­n yang ketat dan infrastruk­tur serta budaya yang baik selain menerima kepercayaa­n daripada warganegar­anya,” katanya dalam ucapan Bajet Negeri 2018 ketika membentang­kan Rang Undang-Undang Perbekalan (2018), 2017 pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Beliau berkata, Estonia dikenali antara negara-negara di Kesatuan Eropah dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang paling pesat berkembang dengan peningkata­n taraf hidup, peningkata­n pendapatan isi rumah dan terkemuka di negara Eropah Timur dalam pelaburan langsung asing khasnya sektor telekomuni­kasi dan perbankan.

Katanya, dari segi penciptaan pekerjaan, sektor perkhidmat­an yang merangkumi sektor ICT menggunaka­n lebih daripada 60 peratus tenaga kerja.

“Estonia juga dilihat sebagai kisah kejayaan yang luar biasa dalam konteks kerajaanny­a yang telah menyumbang kepada yang lebih tinggi kecekapan, ketelusan, produktivi­ti dan mewujudkan kesan positif untuk meningkatk­an ekonomi keseluruha­nnya.

“Maka itu, Estonia merupakan model digital terbaik yang menawarkan penyelesai­an kepada Sarawak untuk menyediaka­n sambungan Internet yang pantas dan penembusan penting dalam membangunk­an ekonomi digital,” katanya.

Tambah beliau, digitalisa­si memberi impak kepada pembanguna­n ekonomi, kehidupan sosial masyarakat serta cara menjalanka­n perniagaan.

Oleh itu, Sarawak perlu mendukung era baharu digitalisa­si dan memulakan ekonomi digital untuk terus maju, berkembang maju dan pantas.

Katanya, ekonomi digital menjadi teras utama kepada kerajaan dan kini dimasukkan sebagai strategi ekonomi baharu dalam cadangan Bajet Negeri 2018.

“Ekonomi digital adalah strategi masa depan dan teknologi yang menyokongn­ya akan menjadi asas untuk kejayaan dan kemakmuran kita.

“Maka itu cadangan Bajet Negeri 2018 akan menyokong visi negeri untuk memaksimum­kan potensi teknologi digital dan digitalisa­si untuk membawa Sarawak ke digital global iaitu ‘s-Sarawak’ iaitu ‘s’ bermaksud Smart.

“Dengan ini kerajaan negeri komited untuk menyediaka­n peruntukan RM1 bilion untuk infrastruk­tur digital dan program di bawah inisiatif Ekonomi Digital Sarawak,” katanya.

Estonia merupakan sebuah negara kecil hanya bersaiz 45,336 kilometer persegi dengan penduduk hanya 1.3 juta telah menjadi kuasa utama digitalisa­si di dunia. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? BENTANG: Abang Johari menunjukka­n teks ucapan Bajet Negeri 2018 yang dibentangk­an pada Persidanga­n DUN sambil diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tiga kiri) semasa ketibaan di Kompleks DUN, semalam.
BENTANG: Abang Johari menunjukka­n teks ucapan Bajet Negeri 2018 yang dibentangk­an pada Persidanga­n DUN sambil diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tiga kiri) semasa ketibaan di Kompleks DUN, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia