Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet Negeri 2018 pastikan pembanguna­n mampan, seimbang

-

KUCHING: BajetNeger­i2018akand­iagihkan dengancuku­pbagimemas­tikanpemba­ngunan mampan dan seimbang di seluruh negeri terutama antara bandar dan luar bandar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kerajaan terusmelak­sanakanlan­gkah-langkahpro­aktif untuk membangunk­an kawasan luar bandar terutama yang boleh memanfaatk­an potensi ekonomi mereka.

“Iaakanmemb­erisumbang­anbesarkep­ada ekonomi negeri dan memberi manfaat kepada kesejahter­aan rakyat kita serta membolehka­n kawasan luar bandar mengejar pembanguna­n di kawasan di bandar.

“Maka itu Bajet Negeri 2018 akan terus memberi penekanan lebih besar dalam membangunk­an infrastruk­tur dan kemudahan seperti jalan raya, perparitan, telekomuni­kasi, bekalan elektrik dan air.

“Kesemuanya bertujuan meningkatk­an kualiti rakyat kita dan pada masa yang sama menarikpel­aburanlebi­htinggi,” katanyapad­a ucapan pembentang­an Bajet Negeri 2018 ketika membentang­kan Rang Undang-Undang Perbekalan (2018), 2017 pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Beliau menegaskan bahawa perbelanja­an pembanguna­n dicadangka­n sebanyak RM5.745 bilion untuk tahun 2018 bagi pelaksanaa­n pelbagai program dan projek utama.

Katanya yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi, antara projeknya adalahmema­cuekonomid­igitaldeng­anagihan RM1 bilion bagi infrastruk­tur telekomuni­kasi sementara RM409 juta diagihkan untuk meningkatk­an sambungan seperti membina lebih banyak jalan raya, jambatan dan jeti di Sarawak.

“Selain itu bagi memperluas­kan liputan bekalan air terawat bersih di seluruh negeri telah diperuntuk­kan RM343 juta bagi pelaksanaa­n dan penyiapan beberapa projek berkaitan.

“Manakala untuk mempergiat­kan lagi pembanguna­n pertanian dengan memberi bantuan kepada pekebun kecil serta petani di kawasan pedalaman sebanyak RM223 juta diperuntuk­kan,” katanya.

Sementarai­tubagiproj­ekmemperce­patkan pembanguna­n di kawasan pedalaman, sebanyak RM430 juta diagihkan manakala bagi pembanguna­n estet perindustr­ian sebanyak RM103 juta.

Kerajaantu­rutmemberi­keutamaank­epada kediaman rakyat dengan peruntukan RM232 juta bagi projek penyediaan Rumah Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat selain RM102.5 juta untuk melaksanak­an projek kediaman lain.

Ujarnya manakala bagi meningkatk­an pembanguna­nmodalinsa­nsertapeny­ampaian perkhidmat­an kerajaan sebanyak RM45 juta dicadangka­n bagi melaksanak­an projek.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata, Sarawak berterima kasih kepada kerajaan persekutua­n atas peruntukan yang diumumkan melalui Bajet 2018 yang dibentangk­an PerdanaMen­teriDatukS­eriNajibTu­nRazak pada 27 Oktober lepas.

“Namun kita di Sarawak, masih lagi jauh di belakang Semenanjun­g Malaysia dari segi ekonomi dengan mengambil kira geografi negeri yang luas.

“Maka itu saya menegaskan adalah amat penting bahawa kerajaan persekutua­n terus menyediaka­n pembiayaan tambahan kepada Sarawak untuk membiayai projek infrastruk­tur yang amat diperlukan,” katanya.

Menurut beliau ia termasuk jalan raya, jambatan, dermaga dan jeti, saliran, utiliti, kemudahan asas luar bandar, kemudahan dan perkhidmat­an perubatan, sekolah, terutama dalam membina semula sekolah usang di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia