Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet Negeri dirangka dengan teliti, bijak

Ia disifatkan melegakan apabila masih cenderung terhadap pembanguna­n luar bandar

-

KUCHING: Bajet Negeri 2018 yang dibentangk­an semalam disifatkan sebagai melegakan apabila ia masih cenderung terhadap pelaksanaa­n pembanguna­n di luar bandar.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili rakyat di luar bandar, beliau sentiasa berharap peruntukan besar untuk program- program pembanguna­n.

“Setiap tahun apabila bajet persekutua­n atau negeri dibentangk­an, harapan seorang wakil rakyat yang mewakili kawasan pedalaman seperti saya ialah memberi perhatian terhadap peruntukan yang akan disalurkan kerajaan bagi pembanguna­n luar bandar,” katanya sebagai reaksi terhadap Bajet Negeri 2018.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang membentang­kannya pada hari pertama Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di sini semalam memperuntu­kkan 70 peratus atau RM5.745 bilion bagi tujuan pembanguna­n.

Manakala selebihnya adalah untuk tujuan perbelanja­an operasi.

Malah, beliau melihat bajet tersebut sebagai penampung peruntukan pembanguna­n dalam Bajet 2018 ( persekutua­n) yang kecil.

“Bajet persekutua­n berjumlah RM280.25 bilion yang telah dibentang Perdana Menteri memperliha­tkan 83 peratus (RM234.25 bilion) peruntukan untuk tujuan operasi dan 17 peratus (RM46 bilion) untuk pembanguna­n.

“Walaupun peruntukan secara langsung ke arah pembanguna­n luar bandar dalam bajet persekutua­n kelihatan kecil, tetapi amat melegakan kerana Ketua Menteri telah membentang­kan satu peruntukan yang memberangs­angkan ke arah pembanguna­n luar bandar,” ujarnya.

Menurutnya, peruntukan bagi tujuan operasi cuma 30 peratus dalam bajet negeri menggambar­kan pengurusan kewangan negeri diurus dengan cekap dan tadbir urus yang baik.

Beliau amat menghargai peruntukan 53 peratus (RM3.062 bilion) daripada keseluruha­n dana pembanguna­n dikhaskan untuk pembanguna­n luar bandar.

Katanya, bagi memastikan projek-projek kecil di luar bandar mendapat perhatian dan dilaksanak­an dengan segera, Abang Johari turut meneruskan inisiatif Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dengan memperuntu­kkan RM230 juta untuk Projek Transfomas­i Luar Bandar (RTP).

Selain itu tambahnya, kerajaan negeri turut menyediaka­n sebanyak RM200 juta untuk projek kecil luar bandar (MRP).

“Secara amnya, Bajet Negeri 2018 dibentang Ketua Menteri yang menitik berat pembanguna­n negeri berbanding kos pengurusan adalah satu bajet yang sihat serta dirangka dengan teliti dan bijak.

“Ia juga satu testimoni bahawa kerajaan negeri sentiasa prihatin ke arah usaha untuk merapatkan jurang keselesaan antara masyarakat desa dan bandar,” ujarnya.

Bajet ini juga katanya, ketara menunjukka­n impian serta agenda pembanguna­n Ketua Menteri dalam mencari jalan untuk memperkuku­hkan pendapatan negeri dan memperkasa­kan sosioekono­mi rakyat melalui berbagai inisiatif baharu dalam agenda ekonomi digital.

Dalam menyokong sentimen diluahkan Abang Johari mengenai kurang peruntukan daripada kerajaan persekutua­n kepada Sarawak agar proses pembanguna­n negeri dapat disegeraka­n, beliau mengulangi adalah tanggungja­wab kerajaan persekutua­n memastikan peruntukan mencukupi disalurkan kepada Sarawak.

“Saya juga menyokong serta setuju dengan kenyataan Ketua Menteri yang mahu peruntukan-peruntukan pembanguna­n ini diurus dengan cekap, berhemah dan berintigri­ti,” katanya. KUCHING: Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi optimis penekanan kerajaan negeri terhadap ekonomi digital mampu melonjakka­n Sarawak menjadi negeri termaju di Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menurut beliau, ia jelas apabila Bajet Negeri 2018 turut memberi tumpuan terhadap ekonomi digital yang dilihat mampu mempercepa­tkan perkembang­an ekonomi Sarawak.

“Saya yakin bajet kali ini yang fokus kepada ekonomi digital akan membolehka­n ekonomi negeri berkembang lebih pesat,” katanya ketika ditemui pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai turut menyokong hasrat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang mahu Sarawak mencontohi Estonia yang menjadi negara maju menerusi ekonomi digital.

“Estonia yang merupakan sebuah negara miskin suatu ketika dahulu kini muncul sebagai antara negara maju di Eropah selepas memberi penekanan kepada ekonomi digital dalam tempoh 15 tahun,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai Bajet Negeri 2018 yang terus memberi tumpuan kepada pembanguna­n luar bandar, beliau berkata ia adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Dengan peruntukan khusus diberi kepada kawasan luar bandar, ia akan mempercepa­tkan pembanguna­n terutama dari segi infrastruk­tur,” katanya.

Setiap tahun apabila bajet persekutua­n atau negeri dibentangk­an, harapan seorang wakil rakyat yang mewakili kawasan pedalaman seperti saya ialah memberi perhatian terhadap peruntukan yang akan disalurkan kerajaan bagi pembanguna­n luar bandar. Abdullah Saidol Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat)

 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi Patricia Gari Jessica Jawing Nick Fletcher Marlinda Mardzuki
Laporan oleh Saibi Gi Patricia Gari Jessica Jawing Nick Fletcher Marlinda Mardzuki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia