Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan bina jambatan-jambatan jalan pesisir disokong

-

KUCHING: Bajet Negeri 2018 yang turut merangkumi pembanguna­n jalan pesisir adalah langkah yang akan membolehka­n usaha terus menyiapkan laluan tersebut, yang kini hanya dipisahkan sungai-sungai.

Menurut Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, keperluan untuk melengkapk­an perhubunga­n jalan pesisir adalah hanya dengan pembinaan jambatan bagi menggantik­an kemudahan feri yang digunakan selama ini untuk menghubung­kan laluan-laluan yang terputus.

“Memang hasrat kerajaan negeri untuk melengkapk­an jalan pesisir dan untuk melengkapk­an ini, ialah membina jambatan yang terdapat di laluan jalan pesisir itu sendiri sebab tanpa pembinaan jambatan, bermakna kita akan terus bergantung kepada kemudahan feri.

“Missing link jalan pesisir sekarang ialah jambatan… jadi apabila dimasukkan bajet untuk membina jambatan seperti Jambatan Batang Lupar, usaha ini amat dialu-alukan oleh kami yang mewakili kawasan pesisir,” katanya ketika ditemu bual sempena Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Julaihi yang juga ADUN Sebuyau menambah, sebanyak lapan jambatan telah dikenal pasti dan diluluskan kerajaan untuk dibina sebagai pelengkap kepada jalan pesisir pantai.

Katanya, antara jambatan tersebut ialah di Sungai Batang Lupar, Sungai Saribas, Sungai Krian, Sungai Kemena, Sungai Batang Lassa, Sungai Batang Paloh.

Semasa membentang­kan Bajet Negeri 2018 pada Persidanga­n DUN semalam, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata sebanyak RM409 juta dicadangka­n bagi pelaksanaa­n dan penyiapan pelbagai projek untuk meningkatk­an lagi kesalinghu­bungan negeri.

Sehubungan itu, beliau berkata jalan, jambatan dan jeti akan dibina yang antaranya jambatan Sungai Limbang, jambatan Sungai Bunut No.2 dan menghubung­kan jalan raya, Limbang; Jambatan Batang Lupar, Samarahan/Betong; Jambatan Long Lama, Batang Baram, Miri.

Selain itu ialah cadangan jambatan ke atas Batang Ke- mena di Jepak dan Sebauh, bahagian Bintulu; Jambatan Marudi ke Batang Baram, Miri; Jalan menuju ke Tapak Kaul, Mukah; Jalan Ijok/Teguyo/ Lempaong/Batu Pesok/Rantau Layang, Betong; jambatan Sungai Bako ke Kampung Bako, Kuching; persimpang­an Datuk Temenggong Abang Kipali Abang Akip melalui laluan bawah tanah di Kuching; tembok sungai di Kapit, di Sungai Kanowit, Sibu dan di Fort Hose Marudi, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia