Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet Negeri 2018 tetap tumpu pembanguna­n luar bandar

-

KUCHING: Bajet Negeri 2018 menggambar­kan komitmen kerajaan negeri meneruskan agenda Tok Nan yang tetap memberi tumpuan kepada pembanguna­n di luar bandar.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, ia amat inklusif kepada semua rakyat di negeri ini.

“Bajet 2018 ini menggambar­kan kerajaan negeri meneruskan agenda Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem) iaitu membangunk­an luar bandar dan ia inklusif.

“Pada masa yang sama Bajet Negeri 2018 juga merangkumi tiga komponen penting iaitu bajet cenderung ke arah pembanguna­n, ekonomi digital sebagai tonggak utama transforma­si ekonomi dan agenda transforma­si Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks DUN di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai ucapan Bajet Negeri 2018 oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg ketika membentang­kan Rang Undang-Undang Perbekalan ( 2018), 2017 pada Persidanga­n DUN.

Dr Sim ( BN- Batu Kawa) berkata, malahan bajet negeri itu merupakan peruntukan terbesar berbanding negeri lain di Malaysia.

Katanya, adalah amat membanggak­an kerana Sarawak mempunyai rizab yang lebih besar berbanding negeri lain iaitu RM30 bilion.

“Malahan sebagai contoh, Pulau Pinang dan Selangor mempunyai bajet desifit yang amat besar berbanding Sarawak,” katanya.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBCC) Negeri Aidel Lariwoo ketika ditemui menyifatka­n Bajet Negeri 2018 yang dibentangk­an amat inklusif.

Katanya ia merangkumi semua dasar baharu yang diperkenal­kan Ketua Menteri terutama berkaitan ekonomi digital, penubuhan Petros dan paling signifikan adalah infrastruk­tur luar bandar.

“Kita amat gembira dengan pembentang­an bajet terutama peruntukan yang spesifik diberi kepada pembanguna­n infrastruk­tur.

“Kami mengalu-alukan bajet bagi ekonomi digital kerana ia adalah cara beliau ( Ketua Menteri) membawa Sarawak ke arah yang sebetulnya untuk melangkah ke depan,” katanya.

Aidel (BN-Sadong Jaya) berkata malahan mereka juga amat berpuas hati dengan jumlah yang diperuntuk­kan bagi semua aspek bajet.

 ??  ?? DR SIM
DR SIM
 ??  ?? AIDEL
AIDEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia