Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak memerlukan akses Internet yang pantas

Sekurang-kurangnya 100 hingga 150 Mbps bagi merealisas­ikan perkembang­an ekonomi digital di negeri ini

-

KUCHING: Sarawak memerlukan akses Internet yang pantas, dengan sekurangku­rangnya 100 hingga 150 Mbps bagi merealisas­ikan perkembang­an ekonomi digital di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata ia memandangk­an pada masa ini, liputan Internet di Sarawak sangat perlahan.

Justeru, beliau menegaskan bahawa untuk membolehka­n ekonomi digital dilaksana di kawasan luar bandar, infrastruk­tur liputan Intemet mesti ada di sana dan kerajaan perlu menaik tarafnya untuk mendapatka­n kelajuan diingini.

“Walaupun kita sudah ada akses Internet tetapi tidak mempunyai infrastruk­tur sambungan yang baik.

“Sebagai contoh, di kebanyakan kawasan luar bandar, kita tidak boleh mendapat liputan yang baik dan ini tidak masuk akal dengan cara hidup moden sekarang yang lebih menjurus kepada penggunaan Internet,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaska­n Rang Undang-Undang Lembaga Multimedia Sarawak 2017 yang dibentangk­an Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula semalam.

Dalam pada itu, Dr Rayong turut menyifatka­n Rang Undang-Undang Lembaga Multimedia Sarawak 2017 adalah bertepatan pada masa di mana Sarawak yang bergerak ke arah ekonomi digital amat memerlukan­nya untuk mengawal selia aktiviti komunikasi dan multimedia termasuk perkara yang berkaitan.

Beliau turut menyokong bahagian di dalam rang undang-undang itu yang memberi kuasa kepada menteri dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk berurusan dengan pesalah dan penalti.

Dengan itu, katanya tindakan boleh diambil ke atas mereka yang menyebarka­n

Walaupun kita sudah ada akses Internet tetapi tidak mempunyai infrastruk­tur sambungan yang baik. Dr Johnical Rayong Ngipa ADUN Engkilili

pembohonga­n dan propaganda palsu.

“Bagaimanap­un, rang undang-undang ini akan melibatkan tambahan perbelanja­an kerajaan negeri namun ia akan memberikan kita kuasa untuk mengawal selia sendiri,” katanya.

 ??  ?? PELANCARAN: Abang Johari (dua kiri) menunjukka­n setem yang dilancarka­n. Turut kelihatan (dari kanan) Uggah, Asfia, Jailani dan Awang Tengah.
PELANCARAN: Abang Johari (dua kiri) menunjukka­n setem yang dilancarka­n. Turut kelihatan (dari kanan) Uggah, Asfia, Jailani dan Awang Tengah.
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Marlinda Mardzuki
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Marlinda Mardzuki
 ??  ?? BAHAS: Dr Rayong semasa membahaska­n Rang Undang-Undang Lembaga Multimedia Sarawak 2017 semalam.
BAHAS: Dr Rayong semasa membahaska­n Rang Undang-Undang Lembaga Multimedia Sarawak 2017 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia