Utusan Borneo (Sarawak)

Setem peringatan sempena 150 tahun DUN dilancar

-

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengeluark­an Setem Pos Peringatan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-150 Penubuhan DUN.

Dilancarka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di Kompleks DUN di sini, setem pos peringatan itu menggambar­kan era perubahan bermula dengan persidanga­n pertama yang pernah diadakan di Bintulu pada 1867 sehingga penubuhan bangunan ikonik DUN Sarawak pertama kini.

Majlis pelancaran berkenaan semalam menyaksika­n gimik di mana seorang posmen telah menghantar sendiri replika setem kepada Abang Johari sebelum ia dilancarka­n secara rasmi.

Majlis berkenaan dihadiri dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar, Timbalan Menteri Komunikasi Datuk Jailani Johari serta Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong.

Dalam pada itu, setem yang dilancarka­n termasuk cokmar melambangk­an kuasa speaker dan ia dibuat semula untuk melambangk­an zaman dan masa baharu bagi DUN pada hari ini untuk menggantik­an cokmar yang telah digunakan selama lebih 30 tahun.

Bangunan baharu DUN telah dirasmikan Yang di-Pertuan Agong pada 27 Julai 2009.

DUN Sarawak adalah dewan perundanga­n yang tertua dan terulung sekali di Malaysia dan ditubuhkan Raja Muda Charles Brooke atas arahan Raja James Brooke melalui mesyuarat yang diadakan di sebuah perkampung­an nelayan di Bintulu pada 8 September 1867.

DUN mula dikenali sebagai Majlis Umum dengan jumlah ahli dipilih seramai 21 orang yang diketuai Charles Brooke dan terdiri daripada enam pegawai Brooke serta 16 pemimpin masyarakat tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia