Utusan Borneo (Sarawak)

Simoi cadang kempen IT dihidupkan semula

-

KUCHING: Simoi Peri (BNLingga) mencadangk­an supaya kempen kesedaran teknologi maklumat (IT) yang diadakan suatu ketika dahulu diaktifkan semula dan diberi nafas baharu yang sesuai dengan peredaran zaman.

Katanya, kempen itu perlu dilaksanak­an dengan penglibata­n semua peringkat umur terutama bagi masyarakat luar bandar.

“Ia juga boleh dilaksanak­an di setiap sekolah hinggalah ke peringkat Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang Lembaga Multimedia Sarawak (LMS) 2017 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Bercakap mengenai Bank Pembanguna­n Sarawak, Simoi berharap penubuhan bank itu akan dapat membantu usahawan ekonomi digital tempatan memulakan aktiviti perniagaan mereka.

“Kita harap dengan penubuhan bank ini, ia bukan sahaja dapat memacu ekononi rakyat negeri ini bahkan menyediaka­n platform untuk membantu usahawan ekonomi digital tempatan memulakan aktiviti perniagaan masingmasi­ng,” katanya.

Sementara itu, Dato Sri Huang Tiong Sii (BN-Repok) turut menyokong Rang Undang-Undang LMS 2017 yang dibentangk­an Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n merangkap Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.

Huang berharap apabila rang undang-undang itu dilaksanak­an, negeri Sarawak akan membangun lebih maju dan secara sistematik.

“Saya harap semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung akan bek- erjasama dalam memastikan keberkesan­an pelaksanaa­n rang undang-undang ini nanti setelah ia diluluskan,” katanya.

 ??  ?? BAHAS: Simoi membahaska­n Rang Undang-Undang LMS 2017 pada Persidanga­n DUN di Kompleks DUN, Kuching, semalam.
BAHAS: Simoi membahaska­n Rang Undang-Undang LMS 2017 pada Persidanga­n DUN di Kompleks DUN, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia