Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Sehenti JSJ IPD Padawan dibuka

Ia dibuka 24 jam, dikendali pegawai berpangkat inspektor dibantu tiga sarjan

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Pusat Sehenti (One Stop Centre) Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dibuka secara rasmi semalam bagi memudahkan masyarakat berurusan dengan pegawai penyiasat.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata One Stop Centre tersebut yang terletak di Balai Polis Kota Sentosa dibuka 24 jam dan akan dikendalik­an seorang pegawai berpangkat inspektor dengan dibantu tiga anggota berpangkat sarjan.

Menurutnya, pengadu terutama dari kawasan Matang serta kawasan-kawasan yang terletak di bawah pentadbira­n Balai Polis Batu Kawa akan lebih dekat untuk berjumpa pegawai penyiasat berbanding sebelum ini yang perlu ke IPD Padawan, di Siburan, Batu 17 Jalan Kuching-Serian.

“Sejak IPD Padawan mula beroperasi, JSJ mengalami masalah penempatan pegawai penyiasat kerana pejabat JSJ terletak di Batu 17 Jalan Kuching- Serian dan kes jenayah kerap berlaku di kawasan pentadbira­n Balai Polis Batu Kawa serta Balai Polis Kota Sentosa.

“Justeru, One Stop Centre ini diwujudkan bagi memberikan kemudahan yang lebih selesa kepada pegawai penyiasat untuk menjalanka­n tugas siasatan dengan lebih sistematik dan teratur.

Sejak IPD Padawan mula beroperasi, JSJ mengalami masalah penempatan pegawai penyiasat kerana pejabat JSJ terletak di Batu 17 Jalan Kuching-Serian dan kes jenayah kerap berlaku di kawasan pentadbira­n Balai Polis Batu Kawa serta Balai Polis Kota Sentosa. Superinten­den Aidil Bolhassan Ketua Polis Daerah Padawan

“Pengadu juga lebih mudah untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung laporan yang dibuat, tanpa perlu pergi ke pejabat JSJ yang terletak di Batu 17(Siburan),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pusat sehenti tersebut semalam.

Sementera itu, Aidil turut memberitah­u bahawa IPD Padawan mencatat penuru- nan kadar indeks jenayah untuk tempoh Januari hingga 31 Oktober berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Tahun ini kita mencatat penurunan sebanyak 1.75 peratus untuk kadar indeks jenayah iaitu sebanyak 13 kes berbanding tahun lepas yang mencatat 741 kes untuk tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober,” kata Aidil.

 ??  ?? KEMUDAHAN: Pusat sehenti IPD Padawan yang terletak di Balai Polis Kota Sentosa.
KEMUDAHAN: Pusat sehenti IPD Padawan yang terletak di Balai Polis Kota Sentosa.
 ??  ?? RASMI: Aidil memotong reben sebagai gimik perasmian OSC IPD Padawan.
RASMI: Aidil memotong reben sebagai gimik perasmian OSC IPD Padawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia