Utusan Borneo (Sarawak)

RUU LMS dibimbangi tidak selari perlembaga­an

See menyatakan kebimbanga­n sama ada pelaksanaa­nnya selari dengan Perlembaga­an Persekutua­n

-

KUCHING: See Chee How (PKR-Batu Lintang) menyatakan kebimbanga­n sama ada Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Multimedia Sarawak (LMS) 2017 selari dengan Perlembaga­an Persekutua­n serta kesahihan LMS melaksanak­an aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif-objektif yang termaktub dalam RUU itu.

Beliau berkata Menteri Kewangan Kedua yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n, Dato Sri Wong Soon Koh ketika membentang RUU LMS 2017, telah merujuk kepada Artikel 95B dan Jadual Kesembilan Senarai Perundanga­n IIA Tambahan kepada Senarai Negeri untuk Sabah dan Sarawak pada Perkara 14 berkaitan perbadanan pihak berkuasa serta badan-badan lain ditubuhkan undang- undang negeri, bermakna ia berkuasa serta bertindak sebagai pihak berkuasa.

“Ini jelas bebas menubuhkan badan dan pihak berkuasa negeri tetapi kita mesti berhati-hati bahawa RUU ini mengenai penubuhan LMS sebagai entiti yang berkuasa di Sarawak untuk aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia serta perkara-perkara berkaitan.

“Saya sependapat dengan YB ADUN Kota Sentosa (Chong Chieng Jen) bahawa kita perlu melihat Perlembaga­an Persekutua­n, Senarai I Jadual Kesembilan SenaraiSen­arai Perundanga­n-Perkara 10 Senarai Persekutua­n,” katanya ketika membahas RUU LMS 2017 pada hari pertama Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) semalam.

See menambah, perkaraper­kara di bawah Perlembaga­an Persekutua­n, Senarai I Jadual Kesembilan Senarai-Senarai Perundanga­nPerkara 10 Senarai Persekutua­n ialah Pengangkut­an dan Komunikasi termasuk (g) Pos dan Telekomuni­kasi dan (h) Tanpa Wayar, Penyiaran dan Televisyen.

Menurutnya bidang kuasa ke atas perkara-perkara itu diberikan kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau memberitah­u, SKMM berkuasa mengawal selia industri komunikasi dan multimedia serta perkaraper­kara berkaitan, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588 dan undang- undang subsidiari yang banyak digunakan di dalam dan luar Malaysia, di bawah Seksyen 4 Akta 588, digambarka­n sebagai ‘ aplikasi wilayah dan luar wilayah’.

“RUU ini yang dicadang untuk menubuhkan LMS sebagai entiti untuk bertindak sebagai pihak berkuasa di Sarawak bagi aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia serta perkara berkaitan jelas menuju ke arah pertembung­an antara Akta 588 dan akta- akta di bawahnya,” jelas See.

“Bagaimanap­un, RUU LMS masih boleh dicadang dan diluluskan jika kita diberi kuasa oleh Parlimen untuk menggubal Ordinan LMS di bawah Artikel 76A Perlembaga­an Persekutua­n. Sesungguhn­ya, kita mempunyai alasan untuk menuntut kuasa untuk meluluskan ordinan negeri ini.

“Seperti terkandung dalam Bab 3 dan Lampiran A Laporan Jawatankua­sa Antara- Kerajaan 1962, terdapat jaminan, kuasakuasa berikut dikhaskan untuk Sarawak dan Sabah, berkenaan Perkara-Perkara dan Sub-Perkara disenarai dalam Senarai Perundanga­n 1 Senarai Persekutua­n,” ujarnya.

Beliau berkata bagi (g) Pos dan Telekomuni­kasi, harus ada set Wilayah Borneo untuk tujuan Pos dan Telekomuni­kasi dan Anggaran Persekutua­n hendaklah disediakan untuk Pengarah Wilayah dengan Ibu Pejabat sama ada di Kuching atau Jesselton dan Timbalan Pengarah Ibu Pejabat Negeri di lokasi tiada Ibu Pejabat dibuka.

Kedua katanya, Pengarah Wilayah hendaklah diberi akses langsung, melalui Setiausaha Tetap kepada Menteri Pos dan Telekomuni­kasi Persekutua­n sehingga dipersetuj­ui sebaliknya.

“Pengarah Wilayah harus mempunyai tanggungja­wab pentadbira­n, tertakluk kepada tanggungja­wab menteri yang mengagihka­n, dalam perkara-perkara diwakilkan kepada dan dalam pelak- sanaan urusan seharian.

“Beliau atau perwakilan­nya juga hendaklah berada dalam mana- mana badan penyelaras Malaysia sedia ada atau baharu yang bidang kuasanya memberi kesan kepada Wilayah, bersamasam­a Pengarah- Pengarah Wilayah dan wakil yang ada kepentinga­n telekomuni­kasi lain seperti difikir sesuai oleh Menteri,” katanya.

Beliau menambah, bagi Perkara (h) Tanpa wayar, penyiaran dan televisyen, hendaklah ada fungsi eksekutif delegasi dalam setiap kes di Sarawak manakala perkhidmat­an penyiaran dalam Negeri hendaklah kekal sebagai identiti tempatan.

Oleh itu katanya, berdasarka­n jaminan-jaminan ini, akta di bawah Artikel VIII Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), jaminan-jaminan ini harus dilaksanak­an.

“Jika kuasa itu diperoleh, saya takut niat baik dan kuasa Ordinan LMS adalah suatu yang sia-sia.

“Oleh itu, dengan hormatnya saya meminta Yang Berhormat Menteri merujuk semula kepada RUU Ketua Hakim Negeri untuk pindaan yang perlu,” ujarnya.

Ini jelas bebas menubuhkan badan dan pihak berkuasa negeri tetapi kita mesti berhati-hati bahawa RUU ini mengenai penubuhan LMS sebagai entiti yang berkuasa di Sarawak untuk aktivitiak­tiviti komunikasi dan multimedia serta perkara-perkara berkaitan. See Chee How ADUN Batu Lintang

 ??  ?? PERLU DITELITI: See membahas RUU Lembaga Multimedia Sarawak yang dibentangk­an Dato Sri Wong Soon Koh pada hari pertama Persidanga­n DUN semalam.
PERLU DITELITI: See membahas RUU Lembaga Multimedia Sarawak yang dibentangk­an Dato Sri Wong Soon Koh pada hari pertama Persidanga­n DUN semalam.
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Marlinda Mardzuki
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher, Marlinda Mardzuki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia