Utusan Borneo (Sarawak)

TDM dan TNI-AD komited tangani isu perbatasan

-

PONTIANAK: Seramai 13 pegawai delegasi Briged Ketiga Infantri Malaysia dan 20 pegawai delegasi Kolakopsre­m 121 Alam Bhana Wanawai menyertai Aktiviti Bilateral Lawatan Timbal Balas dan Unit Commanders Meeting Siri 2/2017 di Pontianak Indonesia, barubaru ini.

Program diadakan dua kali setahun itu adalah untuk mengekalka­n hubungan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) yang telah sedia terjalin berikutan tahun sebelumnya.

Aktiviti bilateral selama empat hari itu juga merupakan sebuah aktiviti yang mampu mewujudkan kesefahama­n dan memberi penyelesai­an bagi setiap permasalah­an dari sudut pengoperas­ian di perbatasan negara Malaysia-Indonesia (KALBAR).

Mesyuarat Unit Komander (UCM) Siri 2/2017 mampu memberi peluang kepada wakil Ketua Staf 3 Briged iaitu Leftenan Kolonel Salmi Istikh Ahmad dan Ketua Staf KOREM 121ABW Kolonel CZI Arnold A. P Ritiauw umengutara­kan dan menyelesai­kan segala isu hangat di perbatasan.

Menurut Panglima 3 Briged Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin dalam satu kenyataan semalam, lawatan timbal balas dan mesyuarat dua hala ini harus dikekalkan.

Jelasnya ia adalah bagi perbincang­an dan percambaha­n fikiran antara TDM dan TNI- AD supaya ia mampu membuahkan hasil yang bernas demi keamanan di kedua-dua negara dalam menangani isu semasa di persempada­nan.

UCM Siri 2/2017 diakhiri dengan Majlis Menandatan­gani Minit Mesyuarat UCM Siri 2/ 2017 oleh Leftenan Kolonel Salmi Istikh Ahmad dan Kolonel CZI A.P Ritiauw.

Hadir bagi menyaksika­n acara tersebut ialah Panglima 3 Briged Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin serta Komandan KOREM 121ABW Brigedier Jeneral TNI Bambang Ismawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia