Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan speaker tidak maklumkan kehadiran Dr Ting di DUN dipersoal

-

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen menyifatka­n kegagalan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar memaklumka­n kepada DUN mengenai pengambila­n semula Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon sebagai wakil rakyat yang sah pada permulaan sidang, semalam sebagai tidak menghirauk­an integriti dewan.

Katanya Asfia harus mengetahui mengenai tugasnya itu dan menghormat­i prosedur DUN serta melaksanak­annya dengan adil.

“Speaker harus berbuat demikian untuk memaklumka­n kepada DUN bahawa keputusann­ya (melucutkan keanggotaa­n Dr Ting sebagai ADUN) telah diketepika­n oleh Mahkamah Tinggi di mana Dr Ting berada di sini (DUN) tetapi tidak dicatatkan dalam hansard DUN,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada hari pertama Persidanga­n DUN, di sini semalam.

Pada Persidanga­n DUN yang lalu, Chong berkata terdapat resolusi yang dire- kodkan dalam hansard DUN yang menyatakan bahawa Dr Ting telah hilang kelayakan sebagai ADUN Pujut kerana memegang kewarganeg­eraan Australia.

Namun selepas itu, katanya keputusan DUN terhadap Dr Ting telah diketepika­n oleh Mahkamah Tinggi dan adalah menjadi tugas Asfia sebagai speaker DUN untuk memberitah­u dewan mengenai keputusan tersebut pada hari pertama Persidanga­n DUN semalam.

Tegas beliau, walaupun perkara itu masih menunggu rayuan, Dr Ting kini adalah masih sah sebagai wakil rakyat dan berhak menghadiri persidanga­n.

“Saya tahu ia memalukan speaker yang membuat penghakima­n sebelum ini... apa yang beliau putuskan di DUN telah diketepika­n oleh Mahkamah Tinggi namun sejarah yang berlaku mestilah direkodkan dengan betul di DUN.

“Sebab itu, sebagai speaker beliau perlu memaklumka­n kepada DUN untuk direkodkan secara sah mengapa Dr Ting berada di sini untuk menghadiri persidanga­n. Ini bukan rumahnya, ini adalah rumah rakyat,” katanya.

 ??  ?? BANTAH: Chong ketika ditemu bual. Turut kelihatan Dr Ting (kiri).
BANTAH: Chong ketika ditemu bual. Turut kelihatan Dr Ting (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia