Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Pertanding­an Memancing Kolam MCP tawar hadiah lumayan

-

MIRI: Hadiah wang tunai berjumlah RM21,450 bakal menanti peserta Karnival Pertanding­an Memancing Kolam MCP anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Mahkamah Miri.

Pertanding­an ini akan diadakan pada 12 November ( Ahad) ini di Kolam MGP (Senadin) dan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 3 petang.

Menurut pengerusi penganjur Md Syafique Md Hilmie, pertanding­an ini terbuka kepada semua kaki pancing dengan yuran penyertaan RM100 untuk satu joran.

Sehubungan itu katanya, kepada kaki pancing yang berminat mengambil bahagian dalam pertanding­an ini, bolehlah menghubung­i pihak penganjur melalui talian 010-9760813 (Johan) dan 0111-6320235 (Hafiza/ Nelson).

Katanya, pada karnival kali ini, pihak penganjur menawarkan hadiah lumayan kepada para pemenang iaitu RM15,000 untuk juara, RM3,000 untuk naib johan, RM1,000 (tempat ketiga) dan masing-masingnya RM500 dan RM250 untuk pemenang tempat keempat dan kelima.

Selain itu menurut Syafique, pemenang tempat keenam hingga ke-10 turut menerima hadiah wang tunai masingmasi­ng RM100.

“Untuk pemenang di tempat ke- 11 hingga ke- 28, mereka juga tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya turut menerima hadiah wang tunai RM50 seorang.

“Manakala pemenang di tempat ke-29 dan 30 pula akan menerima hadiah RM150 seorang,” katanya lanjut.

Dalam pada itu menurut beliau, pihak penganjur turut memberikan umpan dedak sebanyak 500 paket tajaan kedai pancing Soon Ming Trading, Lutong secara percuma kepada 500 peserta terawal.

“Kami turut mengadakan tabung terkumpul RM10 untuk satu joran bagi keli teringan tiga kilogram dan 10 cabutan bertuah yang istimewa melalui nombor tag,” jelasnya.

Justeru Syafique menyeru agar peserta datang lebih awal untuk memudahkan urusan pendaftara­n dan sebagainya.

 ??  ?? HADIAH LUMAYAN: Syafique (duduk tengah) bersama jawatankua­sa penganjur Karnival Pertanding­an Memancing Kolam MGP semasa mengadakan sidang media di Miri.
HADIAH LUMAYAN: Syafique (duduk tengah) bersama jawatankua­sa penganjur Karnival Pertanding­an Memancing Kolam MGP semasa mengadakan sidang media di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia