Utusan Borneo (Sarawak)

Hujan lebat jejas perhimpuna­n gesa pindaan Kanun Tanah

-

Hujan lebat turun sejak awal pagi semalam menjejaska­n sedikit perhimpuna­n masyarakat setempat dari Baram yang mahu menggesa pindaan dibuat oleh kerajaan negeri ke atas tanah di negeri ini.

Perhimpuna­n itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Persekutua­n di Putrajaya baru-baru ini mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa skim pembanguna­n tanah di tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Pantu, Sri Aman adalah tidak sah.

Perhimpuna­n diadakan di sebuah hotel di sini ditangguh kira-kira satu jam kerana jumlah kedatangan agak kurang disebabkan cuaca buruk.

Perhimpuna­n disuarakan aktivis Philip Jau itu juga meminta kerajaan terutama Jabatan Tanah dan Survei menjalanka­n kajian awal mengenai sempadan kaum, berdasarka­n undang-undang adat dan tradisi kaum masing-masing.

“Kami, termasuk orang peribumi di negeri ini berasa sedih, tidak berpuas hati dan pada masa sama marah dengan penghakima­n atau keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutua­n,” kata Philip.

Dalam konteks ini, masyarakat tempatan di Baram meminta dan merayu kerajaan negeri meninjau sempadan tanah kaum di Baram.

“Kami sebagai penduduk peribumi Sarawak mempunyai hak ke atas tanah itu dan kami mengenali sempadan masing-masing apabila kami tidak boleh menceroboh tanah orang lain, sama ada dalam sesebuah kampung atau rumah panjang itu.

“Kerajaan tidak menghormat­i dan mengiktira­f undang-undang adat kami. Kami tidak mahu wang, sebaliknya apa yang kami mahukan semula ialah tanah kami,” katanya.

Jelasnya, komuniti itu menuntut kerajaan meminda Kanun Tanah untuk melindungi hak dan adat kita.

Turut hadir adalah aktivis dan peguam Abun Sui.

 ??  ?? KERJASAMA: Bustaman (kanan) dan Salmi (dua kanan) bersama Bambang (kiri) dan Kolonel CZI A.P Ritiauw.
KERJASAMA: Bustaman (kanan) dan Salmi (dua kanan) bersama Bambang (kiri) dan Kolonel CZI A.P Ritiauw.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia