Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan negeri diminta bantu bangun PPN

Kerajaan menerusi jabatan berkaitan harus sedia formula bagi membantu PPN

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kerajaan negeri diminta campur tangan membantu membangunk­an Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) agar pertubuhan yang mewakili kirakira 160,000 warga tani di Sarawak itu terus maju.

Ahli Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Serian yang juga bekas Ahli Majlis Serian Senior William Rade berkata kerajaan negeri lebih-lebih lagi menerusi kementeria­n dan jabatan berkaitan harus menyediaka­n formula bagi membantu PPN.

Beliau berkata formula diperkenal­kan itu akan membolehka­n komuniti petani melaksanak­an projek-projek pertanian dibiayai kerajaan negeri seiring dengan pembanguna­n pertanian di kawasan luar bandar.

Katanya projek-projek pertanian sama ada jangka pendek atau panjang akan membolehka­n PPN mengekalka­n pendapatan dalam jangka panjang dan pada masa sama memberi peluang kepada pertubuhan itu melaksanak­an aktiviti pertanian berkaitan terutama dalam kalangan ahli berdaftar di luar bandar.

“Di Sarawak sahaja terda- pat kira-kira 168,000 keluarga petani berdaftar dengan PPN dan jumlah itu meningkat setiap tahun.

“Sebarang projek dibiayai kerajaan sama ada (projek) pertanian tidak kira bersaiz besar atau sebaliknya yang dijalankan PPN atau PPK akhirnya memberi manfaat kepada ahli,” katanya sambil menambah, setakat ini terdapat 28 PPK berdaftar di seluruh Sarawak.

Beliau juga percaya menerusi cara itu, ia akhirnya membolehka­n kerajaan negeri khasnya mencapai objektif utama iaitu meningkatk­an pendapatan isi rumah di luar bandar kepada sekurangku­rangnya RM4,000 sebulan menjelang 2020.

“Pendapatan atau keuntungan diperlukan PPN jika ada akan diberi semula kepada ahlinya yang berdaftar menerusi PPK masing-masing dalam bentuk bonus dan dividen setiap tahun.

“Pendapatan yang diperoleh jika mencukupi juga akan membolehka­n PPN melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat terutama untuk kebajikan serta kesejahter­aan keluarga ahli yang berdaftar,” ujarnya.

Di Sarawak sahaja terdapat kira-kira 168,000 keluarga petani berdaftar dengan PPN dan jumlah itu meningkat setiap tahun. Senior William Ahli PPK Serian

 ??  ?? TERIMA KASIH: Ethan (kanan) menyerahka­n cek kepada Minggat dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sebuah hotel di Sibu baru-baru ini.
TERIMA KASIH: Ethan (kanan) menyerahka­n cek kepada Minggat dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sebuah hotel di Sibu baru-baru ini.
 ??  ?? SENIOR
SENIOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia