Utusan Borneo (Sarawak)

31 ahli SCCCI lawat Kuching, 9-10 November

-

SIBU: Seramai 31 ahli Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Sibu (SCCCI) akan mengadakan lawatan selama dua hari ke Kuching pada 9 dan 10 November ini.

Lawatan perniagaan dan perindustr­ian kali kedua itu akan diketuai Presiden SCCCI Dr Gregory Hii.

Menurut Dr Hii, pada 9 November, rombongan akan dibawa melawat ke Ladang CCK di Bau, diikuti lawatan ke Kuching City Mall di Batu 4.5, Jalan Penrissen.

“Lawatan ke Kuching City Mall ini amat penting kerana SCCCI turut terlibat dalam pelaburan di situ,” jelasnya pada satu sidang media.

Pada sebelah petang katanya, rombongan akan melawat Longi (Kch) Sdn Bhd, sebuah kilang solar di Zon Perindustr­ian Sama Jaya.

Dr Hii berkata, pada pagi 10 November rombongan akan melawat Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) di Jalan Semangat, Bintawa.

Ini diikuti lawatan ke Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), Petra Jaya pada jam 9 pagi.

“Pada masa sama, kami juga akan mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan,” ujarnya.

Kunjungan hormat itu katanya, antara lain bagi mendapatka­n penjelasan lebih lanjut mengenai kawasan perindustr­ian baharu untuk Sibu.

Sebelum ini, SCCCI telah mengadakan lawatan perniagaan dan peridustri­an ke Johor Bahru dan Singapura dari 16 hingga 19 Ogos lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia