Utusan Borneo (Sarawak)

Projek perintis audit pematuhan alam sekitar sektor perhutanan dilancar 9 Nov

-

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dengan kerjasama Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) akan melancarka­n Projek Perintis Untuk Audit Pematuhan Alam Sekitar Dalam Sektor Perhutanan pada 9 November (hari ini) di sebuah hotel terkemuka di sini.

Projek perintis itu bertujuan mempersiap­kan industri untuk pelaksanaa­n penuh Peraturan (Audit) Sumber Asli 2008, peraturan yang dibuat di bawah Seksyen 18(q) Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar 1993.

NREB dalam satu kenyataan semalam berkata, selain meningkatk­an pengawasan alam sekitar, matlamat akhir peraturan audit ini adalah pengawalse­liaan sendiri di kalangan sektor swasta dan korporat di Sarawak.

“Sempena majlis pelancaran, STA dan lapan syarikat kayu-kayan tempatan akan menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan NREB untuk kerjasama strategik bagi menjalanka­n produk perintis,” kata kenyataan tersebut.

Majlis pelancaran dijangka akan dihadiri kira-kira 300 orang dan majlis menandatan­gani MoU akan disaksikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua.

Selain itu, seminar selama sehari, ‘Seminar Pengurusan Alam Sekitar Dalam Sektor Perhutanan’ akan turut diadakan sempena majlis pelancaran projek perintis untuk audit pematuhan alam sekitar.

Tema ‘ Ke Arah Kel- estarian Alam Sekitar’ dipilih untuk mencermink­an kepentinga­n pembanguna­n mampan dalam sektor perhutanan.

Penceramah-penceramah dari NREB, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan juga akan membentang­kan kertas kerja pada seminar tersebut.

Pelaksanaa­n Projek Perintis untuk Audit Pematuhan Alam Sekitar akan menandakan menandakan peristiwa penting ke arah kemampanan alam sekitar sementara pelaksanaa­n Peraturan (Audit) Sumber Asli 2008, adalah langkah ke hadapan untuk industri perhutanan dan kayu dalam menyokong prinsip-prinsip pembanguna­n mampan untuk manfaat generasi sekarang dan akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia