Utusan Borneo (Sarawak)

Seminar Pengupayaa­n Komuniti platform awal pencegahan dadah

-

KUCHING: Seminar Pengupayaa­n Komuniti diyakini mampu bertindak sebagai platform awal pencegahan gejala dadah di peringkat akar umbi.

Program yang julung kali diadakan di Kuching itu bertujuan memberi pendedahan tentang peranan masyarakat dalam memerangi masalah dadah.

Timbalan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak Kartina Ujin berkata operasi pencegahan dadah bermula dari peringkat komuniti terutama di rumah.

“Menerusi program ini masyarakat mampu bergerak sendiri dalam mengesan dan mengenal pasti isu dadah yang berlaku dalam komuniti setempat.

“Dengan ini kita dapat mengetahui berapa ramai penagih yang terdapat di kawasan kediaman,” katanya.

Kartina berkata demikian ketika bercakap pada seminar sempena Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan 2017 di Dewan Serba Guna Kampung Gita di sini, semalam.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada golongan belia, ketua masyarakat, penguat kuasa, pendidik dan ibu bapa.

Sehubungan itu, AADK menyaranka­n agar komuniti dapat melaksanak­an pengurusan dan kawalan di peringkat dalaman.

Malah inisiatif itu sekali gus membantu dalam penyaluran maklumat kepada agensi berkaitan termasuk AADK dan polis.

“Dengan risikan yang dilakukan, komuniti dapat mengesan masalah selain menerima aduan di peringkat kampung.

“Sebelum ia (masalah dadah serius) dirujuk di peringkat tertinggi, malah sekali gus bantu usaha AADK dan polis dalam memerangi gejala dadah,” ujarnya.

Kartina berkata usaha membantera­s penggunaan dadah dalam kalangan masyarakat adalah tanggungja­wab bersama.

Menurutnya, masyarakat harus menanam semangat tinggi untuk bekerjasam­a dengan pihak berkuasa bagi memastikan isu dadah dapat ditangani secara berkesan.

Seminar dua hari anjuran AADK Sarawak itu diadakan pada 8 dan 9 November.

 ??  ?? CEGAH DADAH: Kartina Ujin ketika berucap pada seminar anjuran AADK Sarawak di Kuching semalam.
CEGAH DADAH: Kartina Ujin ketika berucap pada seminar anjuran AADK Sarawak di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia