Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2018 sangat signifikan kepada JBPM Sarawak

-

LAWAS: Pembentang­an Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober lalu sangat signifikan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam usaha mengurangk­an risiko bahaya kebakaran negeri ini.

Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohamad berkata peruntukan untuk pembanguna­n jalan raya termasuk jalan pesisir dan Pan Borneo memudahkan bomba akses dengan cepat ke lokasi kebakaran di kawasan hulu dan pedalaman sekali gus mengurangk­an masa respons.

“Bagaimanap­un, isu kita hadapi apabila jalan itu siap nanti adalah aspek kelajuan dan boleh menyumbang kepada kes kemalangan.

“Kami bersedia bagaimana menangani isu ini bersama agensi-agensi lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kejiranan Indah di Kampung Lintang, Sundar Lawas, Ahad lalu.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, ADUN Lambir Ripin Lamat, Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n) JBPM Datuk Amer Yusof, Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim, Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Edmund Dmahai Emboh, Ketua Balai Bomba Lawas Zaki Husin dan Ketua Balai Bomba Limbang Tawang Lingem.

Katanya peruntukan RM1 bilion untuk sekolah-sekolah daif di Sarawak turut memberi kesan positif dalam usaha jabatan itu mengurangk­an risiko bahaya kebakaran bangunan sekolah terutama di kawasan hulu dan pedalaman.

“Lebih 400 sekolah daif di negeri ini dan kita boleh memberi nasihat untuk pembinaan baharu sekolah daif dengan mengambil kira ketahanan api, struktur, keperluan asas seperti alat pemadam api dan jarak antara sekolah,” tambahnya.

Katanya, tidak banyak yang dapat dilakukan jabatan itu untuk sekolah-sekolah yang ada sekarang.

“Dengan sekolah baharu nanti, ia lebih tersusun dalam usaha penguranga­n risiko bahaya kebakaran bangunan sekolan terutama di kawasan hulu.

“Kita berharap pembinaan sekolah daif dapat dipercepat­kan untuk membantu mengurangk­an risiko kebakaran bangunan secara keseluruha­nnya,” jelas beliau.

Katanya terdapat lapan projek sambungan JBPM Sarawak di bawah Rancangan Malaysia terdahulu yang ditekankan untuk bajet yang sama.

Selain itu, anggota bomba turut mendapat manfaat iaitu bayaran khas RM1,500 kepada penjawat awam selain masih ada anggota menerima BR1M.

Justeru, kita harap forum ini dapat menyediaka­n platform untuk agensi swasta dan kerajaan membincang­kan apa yang perlu kita lakukan berdasarka­n topik yang dibincangk­an sepanjang tiga hari terbabit. Tan Sri Datuk Ahmad Fuzi Abdul Razak Setiausaha Agung Yayasan WIEF

Setiausaha Agung Yayasan WIEF Tan Sri Datuk Ahmad Fuzi Abdul Razak berkata, tujuh topik itu termasuk isu membabitka­n hal- hal pendidikan, perniagaan, kewangan Islam, perindustr­ian, keusahawan­an dan pembanguna­n industri halal.

“Justeru, kita harap forum ini dapat menyediaka­n platform untuk agensi swasta dan kerajaan membincang­kan apa yang perlu kita lakukan berdasarka­n topik yang dibincangk­an sepanjang tiga hari terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di tingkat 22 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Ahmad Fuzi berkata, memandangk­an Kuching menjadi tuan rumah pada penganjura­n forum kali ini, pihaknya turut memfokuska­n kepada tiga isu berkaitan pembanguna­n di Sarawak.

“Pertamanya adalah isu ekonomi digital, kedua adalah pembanguna­n Sarawak sebagai destinasi pelanconga­n dan ketiga membabitka­n isu pelaburan dalam sektor Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE),” katanya.

Menurut beliau, ketiga-tiga topik itu akan diutarakan pada hari ketiga (23 November) dalam forum itu nanti.

“Secara keseluruha­n, kita dapat katakan bahawa forum ini menyediaka­n platform komprehens­if yang dapat memberi manfaat kepada semua peserta,” ujarnya.

Tambah beliau, antara pemimpin yang akan menyertai forum itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, Presiden Re- publik Indonesia Joko Widodo dan beberapa pemimpin lain dan pakar industri dari seluruh negara.

“Setakat ini 900 wakil delegasi dari luar Sarawak sudah mengesahka­n penyertaan di WIEF 2017. Bagaimanap­un, kita menjangkak­an lebih 2,000 akan mendaftar menyertai forum antarabang­sa ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fuzi memberitah­u bahawa isu sistem perbankan dan kewangan Islam dijangka terus menjadi topik popular yang akan dibincang pada forum itu nanti.

Untuk maklumt lanjut mengenai WIEF Ke- 13, layari http:// wief. org/ forum/13/.

 ??  ?? TERUS KOMITED: Dr Abdul Rahman bersama ahli PBB menghadiri Mesyuarat Agung PBB Ranting Rampangi Fasa 1 bagi Sesi 20172020 di Kuching, baru-baru ini.
TERUS KOMITED: Dr Abdul Rahman bersama ahli PBB menghadiri Mesyuarat Agung PBB Ranting Rampangi Fasa 1 bagi Sesi 20172020 di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia