Utusan Borneo (Sarawak)

Kepimpinan peringkat ranting harus pastikan keahlian PBB sentiasa bertambah

-

KUCHING: Kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di peringkat ranting Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai harus memastikan keahlian parti itu bertambah dari semasa ke semasa.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, penambahan keahlian itu penting bagi meneruskan kesinambun­gan usaha kerajaan untuk membangunk­an kawasan terbabit.

“Kita di DUN Pantai Damai mencatat seramai 16,613 ahli PBB setakat ini. Berdasarka­n kepada rekod keahlian ini, kita telah memperoleh kejayaan cemerlang pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 yang lalu.

“Bagi memastikan kita mengekalka­n kejayaan ini, saya saran kepimpinan PBB di peringkat ranting terus berusaha mendaftar ahli baharu di kampung masingmasi­ng,” katanya.

Dengan usaha itu, katanya DUN Pantai Damai sudah pasti akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional pada masa kini dan selamanya,” tambah beliau.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Agung PBB Ranting Rampangi Fasa 1 bagi Sesi 2017-2020 di Kuching, baru-baru ini.

Pada mesyuarat itu turut diadakan pelantikan Ketua PBB Ranting Rampangi Fasa 1 yang baharu untuk sesi 2017 hingga 2020 iaitu Merdehi Mas.

Sementara itu, Suraya Fauzi dan Mohd Rashmat Yusuf masing-masing dilantik menjadi Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Ranting Rampangi Fasa 1.

Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman mengucapka­n tahniah dan syabas kepada mereka yang dipilih menerajui kepimpinan PBB di peringkat ranting.

“Semoga kepimpinan yang baharu dipilih dalam sesi baharu ini akan menghadapi cabaran dalam menerajui PBB di peringkat ranting mahupun di peringkat yang lebih tinggi lagi.

“Nasihat saya supaya anda sekalian menyediaka­n diri dari segi kekuatan mental dan fizikal dalam meneruskan legasi yang dipertangg­ungjawabka­n,” katanya.

 ??  ?? CEMERLANG: Robert menyampaik­an Anugerah Pelajar Terbaik Lelaki SMK Kanowit kepada Alex Excelinton pada Majlis Graduasi dan Apresiasi SMK Kanowit Ke-40.
CEMERLANG: Robert menyampaik­an Anugerah Pelajar Terbaik Lelaki SMK Kanowit kepada Alex Excelinton pada Majlis Graduasi dan Apresiasi SMK Kanowit Ke-40.
 ??  ?? CINTAI AL-QURAN: Hasbi (lima kiri) menyerahka­n hadiah kepada salah seorang peserta sambil disaksikan Isah (empat kiri), Abu, Sufian (dua kanan) dan ketua-ketua masyarakat Islam lain.
CINTAI AL-QURAN: Hasbi (lima kiri) menyerahka­n hadiah kepada salah seorang peserta sambil disaksikan Isah (empat kiri), Abu, Sufian (dua kanan) dan ketua-ketua masyarakat Islam lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia