Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis agama, pembelajar­an al-Quran perlu diperbanya­k

-

LIMBANG: Penganjura­n majlis agama dan pembelajar­an al-Quran perlu diperbanya­kkan di sini dalam usaha mendidik masyarakat Islam untuk terus mendekati alQuran dan sunah nabi sebagai pedoman kehidupan.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata penganjura­n majlis pembelajar­an al-Quran satu langkah awal kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak mendekati sekali gus memahami pengajaran dan makna kitab suci itu.

“Melalui program keagamaan dan pembelajar­an al- Quran, kita dapat mendidik anak-anak muda untuk menguasai bacaan al-Quran dan maknanya pada masa sama menghindar­i mereka melakukan aktiviti tidak bermoral,” katanya pada Majlis Musabaqah di Kampung Pahlawan Limbang malam Isnin lalu.

Program anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Pandaruan, JKKK Kampung Tabahan dan Ketua Masyarakat Islam dihadiri Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat, Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Pandaruan Penghulu Abu Bakar Tinggal, Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Tabahan Isah Tinggal dan ketua-ketua masyarakat lain.

Hasbi berkata program itu turut memberi peluang kepada penduduk setempat yang beragama Islam memperdeng­arkan alunan suara dan bakat dalam al-Quran.

“Program ini sudah semestinya memberi peluang kepada penduduk Islam di Zon Pandaruan untuk menghayati kandungan al-Quran, memahami tafsir, menguasai bacaan al-Quran dengan sempurna dan penuh pemahaman,” ujarnya.

Pada masa sama, program ini mampu mewujudkan kerjasama, mengukuhka­n ukhuwah selain menanam minat ke arah mencintai dan mendalami kandungan alQuran melalui pembacaan.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertanding­an kategori qari dewasa lelaki dan qariah dewasa wanita, qari remaja lelaki dan qariah remaja wanita, azan dewasa, remaja dan kanak-kanak serta hafazan kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia