Utusan Borneo (Sarawak)

Bot terbalik, usaha mencari pesara guru hilang diteruskan

-

KOTA BHARU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pesara guru yang dipercayai hilang selepas bot yang dinaiki bersama seorang rakannya terbalik dekat Kuala Besar, di sini petang kelmarin, masih diteruskan.

Wan Husin Wan Abdullah, 62, berasal dari Kampung Pulau Pisang, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini dilaporkan hilang, manakala rakannya Wan Saidi Wan Husin, 57, terselamat selepas bot jenis kaca gentian yang dinaiki mereka karam ketika dalam perjalanan pulang ke sebuah jeti di Pulau Kundur selepas menangkap udang di Kuala Besar di sini.

Ketua Zon Kota Bharu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Penguasa Kanan Bomba II Syobirin Abd Kadir berkata sejurus menerima laporan kes itu kelmarin, enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Kelantan bergegas ke lokasi kejadian dan memulakan operasi kirakira jam 8.40 malam sebelum menghentik­annya pada jam 10 malam kerana faktor cuaca.

“Sehingga 2.30 petang ini, operasi SAR yang disambung semula pada pukul 7 pagi tadi masih belum menemui mangsa. Operasi akan dihentikan sehingga mangsa ditemui atau sehingga pukul 7 petang ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Sementara itu, Wan Saidi berkata mereka keluar dari rumah kira- kira jam 2.30 petang kelmarin untuk menangkap udang.

“Bagaimanap­un, sekitar jam 7 malam ketika dalam pulang ke jeti, tiba-tiba bot yang kami naiki dipukul ombak besar menyebabka­n ia terbalik, bagaimanap­un kami sempat berpaut di badan bot.

“Saya kemudian mengajak Wan Husin berenang ke pantai tetapi dia tolak dengan alasan terlalu letih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Wan Saidi berkata dia kemudian meminta izin Wan Husin untuk berenang ke darat dan meninggalk­an rakan sekampungn­ya yang ketika itu masih lagi berpaut di badan bot yang terbalik itu.

“Saya berenang sambil berpaut pada tangki minyak yang dicabut daripada enjin bot bagi mengelakka­n lemas dan tiba di jeti Pulau Kundur kira- kira sejam kemudian sebelum dibantu oleh orang ramai.

“Saya berdoa, rakan saya ditemui selamat,” katanya. — Bernama

 ??  ?? WAN SAIDI
WAN SAIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia