Utusan Borneo (Sarawak)

Kevin Morais: Nasib enam tertuduh diketahui 20 Nov

-

KUALA LUMPUR: Enam lelaki yang didakwa atas pertuduhan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais akan mengetahui nasib mereka pada 20 Nov ini sama ada dipanggil membela diri atas pertuduhan itu atau dilepaskan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan yang berlangsun­g selama tiga hari bermula Isnin lepas.

Lima tertuduh R Dinishwara­n, 25; AK Thinesh Kumar, 24; M.Vishwanath, 27; S. Nimalan, 24 dan S.Ravi Chandaran, 46, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015, antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No. 1 Jalan USJ1/ 6D, Subang Jaya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kolonel Dr R. Kunaseegar­an, 54, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan lima lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 302 akta sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mohd Saiful Edris Zainuddin manakala peguam V. Rajeh- gopal mewakili Vishwanath, Nimalan, dan Ravi Chandaran; peguam M. Manoharan bertindak bagi pihak Dinishwara­n dan Thinesh Kumar; manakala peguam Datuk N. Sivanantha­n dan Datuk Geethan Ram Vincent pula mewakili Kunaseegar­an.

Pihak pendakwaan memanggil 70 saksi pada perbicaraa­n kes itu yang berlangsun­g selama 57 hari.

Kevin Morais dilaporkan hilang pada 4 Sept 2015. Beliau dilihat meninggalk­an apartmenny­a di Menara Duta di sini dengan menaiki kereta Proton Perdana nombor pendaftara­n WA6264Q.

Mayatnya ditemukan di dalam sebuah tong dram yang disimen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept 2015. — Bernama

Kalau orang biasa (mencuri) yang tiada kepakaran mungkin mengambil masa tiga hingga empat jam atau terkena renjatan elektrik, tetapi yang ada kemahiran mungkin mengambil masa setengah jam. Datuk Gan Tian Kee Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata, kebanyakan kes kecurian yang dilaporkan di negeri itu dilakukan oleh individu yang mempunyai kepakaran dalam kerja-kerja pemasangan kabel.

“Kalau orang biasa (mencuri) yang tiada kepakaran mungkin mengambil masa tiga hingga empat jam atau terkena renjatan elektrik, tetapi yang ada kemahiran mungkin mengambil masa setengah jam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, semalam.

Selain itu, Gan berkata langkah lain yang wajar diambil oleh pemilik menara telekomuni­kasi untuk mencegah kecurian termasuk mengupah pengawal keselamata­n dan menyimpan nombor telefon bilik gerakan polis.

“Saya juga ingin memberi amaran kepada pemilik perniagaan barangan terpakai di Perak supaya tidak membeli kabel yang disyaki dicuri sebab kita akan membuat pemeriksaa­n dan jika didapati salah kita akan membatalka­n lesen mereka,” tegasnya.

Terbaharu, Gan berkata seorang kontraktor pencawang telekomuni­kasi ditahan polis ketika sedang mencuri bateri menara pencawang di Taman Bemban Raya, Batu Gajah, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, suspek yang berumur 42 tahun berasal dari Sarawak ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah.

Katanya, suspek yang berkhidmat sebagai kontraktor memasang pencawang telekomuni­kasi sejak 15 tahun lalu turut mempunyai rekod jenayah lampau dan positif dadah jenis Meth.

“Hasil daripada tangkapan ini polis percaya telah menyelesai­kan tujuh kes curi kabel dan bateri menara pencawang telekomuni­kasi di sekitar Batu Gajah,” katanya.

Menurut Gan, selain lapan bateri pencawang, polis turut merampas beberapa barangan lain dipercayai digunakan untuk memasang dan membuka kabel serta serangkai kunci.

“Dianggarka­n nilai rampasan berjumlah RM15,000 tetapi jika dikira kos memasang dan servis boleh mencecah dua kali ganda nilai tersebut,” katanya.

Katanya, suspek berkenaan direman mulai semalam seh- ingga 11 Nov untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri yang boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Gan berkata sepanjang tahun ini 180 kes kecurian kabel dan bateri dilaporkan di Perak dan daripada jumlah itu 34 kes berjaya diselesaik­an dengan 24 daripadany­a telah dituduh di mahkamah, manakala 10 lagi diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Dalam perkembang­an lain, Gan berkata polis menahan empat suspek kes samun kedai serbaneka 24 jam di Halaman Meru Permai, Meru Raya, Ipoh pada 12 Okt lalu.

Katanya semua suspek tersebut ditahan semalam dan polis akan mendapatka­n perintah reman daripada mahkamah hari ini, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia