Utusan Borneo (Sarawak)

Hebahan cuaca lebih kerap untuk rakyat bersedia

Hebahan dibuat melalui media arus perdana, media sosial

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia akan meningkatk­an kekerapan hebahan maklumat mengenai keadaan cuaca bagi membolehka­n rakyat bersedia menghadapi banjir.

Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata hebahan tersebut akan dibuat melalui platform kementeria­n itu termasuk media arus perdana dan media sosial dengan kerjasama Jabatan Meteorolog­i Malaysia.

“Mungkin yang penting kekerapann­ya ( hebahan) harus kita tingkatkan kerana keadaan cuaca tidak seperti dahulu, susah diramal.

“Kalau dahulu, kita tahu bulan berapa akan berlaku banjir tetapi sekarang, tidak kisah, ia boleh berlaku pada bila- bila masa,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n buku ‘ New Media Political Engagement and Participat­ion in Malaysia’ di bangunan Parlimen, semalam.

Dalam pada itu, Salleh berkata kementeria­nnya telah diminta untuk mengenal pasti dan mengambil langkah sekiranya berlaku gangguan talian komunikasi di kawasan terjejas banjir di Pulau Pinang dan Kedah.

Bagaimanap­un, katanya pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung gangguan talian telekomuni­kasi pada masa ini.

Sementara itu, mengulas mengenai buku hasil tulisan Dr Saraswathy Chinnasamy berkenaan, Salleh menzahirka­n rasa bangga kerana buku itu mendapat perhatian di peringkat antarabang­sa selepas dilancarka­n di United Kingdom dan Amerika Syarikat pada 6 Okt lepas.

Saraswathy yang juga Felo Institut Pengajian Kewartawan­an, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketika ditemui berkata buku terbitan penerbit berprestij dunia, Routledge Publisher berkisarka­n hala tuju media perdana dan media sosial di Malaysia.

Kalau dahulu, kita tahu bulan berapa akan berlaku banjir tetapi sekarang, tidak kisah, ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia

“Buku ini juga melihat bagaimana rakyat menerima maklumat sama ada maklumat yang diterbitka­n itu dibuat tanpa kesahihan atau telah diputar belit,” katanya.

Katanya, buku yang ber- harga RM560 itu menerima maklum balas yang baik di luar negara khususnya dalam kalangan ahli akademik kerana kekurangan bahan rujukan berhubung isu semasa dan politik Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Salleh (dua kanan) melancarka­n buku ‘New Media Political Engagement and Participat­ion in Malaysia’ di bangunan Parlimen, di ibu negara semalam. Turut hadir Prof Dr Azizul (kanan), dan H Puvaniten (kiri).
— Gambar Bernama LANCAR: Salleh (dua kanan) melancarka­n buku ‘New Media Political Engagement and Participat­ion in Malaysia’ di bangunan Parlimen, di ibu negara semalam. Turut hadir Prof Dr Azizul (kanan), dan H Puvaniten (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia