Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS minta kerajaan semak semula imbuhan tetap khidmat awam

-

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja- pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimb­angkan semakan semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi meringanka­n beban penjawat awam yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidenny­a Datuk Azih Muda berkata, CUEPACS turut meminta kerajaan mengkaji semula Elaun Perumahan Wilayah untuk penjawat awam di Sabah dan Sarawak yang tidak disemak sejak lebih 10 tahun lepas.

“Dalam pada itu, kerajaan juga perlu menggantik­an Skim Saraan Baru Perkhidmat­an Awam (SBPA) yang telah dibatalkan kerana sistem saraan baharu perkhidmat­an awam yang dikenali sebagai SST (Sistem Saraan Transforma­tif) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2013 tidak merangkumi semua skim perkhidmat­an awam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bual Bicara terbitan Bernama News Channel di Wisma Bernama, di sini semalam.

Azih berkata, cadangan CUEPACS itu adalah berdasarka­n kepada situasi ekonomi sekarang yang memberi kesan kepada penjawat awam akibat kenaikan harga barang justeru kerajaan wajar melakukan semakan gaji dan imbuhan penjawat awam bagi mengurangk­an tekanan hidup yang mereka hadapi.

Untuk rekod, Imbuhan Tetap Khidmat Awam tidak disemak semula oleh kerajaan sejak sedekad yang lepas, dan CUEPACS berpendapa­t kerajaan perlu memberi perhatian terhadap kebajikan penjawat awam terutama mereka yang berkeluarg­a, katanya.

Mengenai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), CUEPACSmen­dapat laporan bahawa sebanyak 48 peratus permohonan sehingga kini telah ditolak kerana tidak memenuhi kriteria gaji yang ditetapkan LPPSA.

Sehubungan itu, CUEPACS mencadangk­an agar kadar faedah pinjaman LPPSA dikurangka­n daripada empat peratus kepada hanya satu peratus bagi membolehka­n lebih ramai penjawat awam memiliki rumah idaman, kata Azih. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia