Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Kesihatan sedia hadapi gelombang kedua banjir

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan sudah membuat persediaan untuk menyalurka­n bantuan perkhidmat­an kesihatan sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kementeria­n mempunyai prosedur operasi standard untuk memberikan rawatan berterusan bagi memastikan penyakit berjangkit tidak berlaku dalam kalangan mangsa banjir.

“Banjir di Pulau Pinang adalah banjir jangka masa pendek. Apa yang penting, saya telah memberi arahan kepada semua pengarah kesihatan negeri supaya mengambil tindakan berjaga- jaga dan bersiap siaga memastikan perkhidmat­an kesihatan sentiasa berterusan.

“Apa yang penting, kami akan terus melakukan aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit dan wabak di negeri-negeri terjejas banjir terutamany­a di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai persiapaan kementeria­n menghadapi kemungkina­n gelombang kedua banjir.

Dr Noor Hisham ditemui selepas melancarka­n dua bengkel Keselamata­n Penggunaan Radiasi di Hospital Kementeria­n Kesihatan dan Hospital Swasta dan penggunaan dos optimum dalam pengesanan dan rawatan pesakit bersempena Hari Radiologi peringkat antarabang­sa yang disambut pada 8 Nov setiap tahun, di Institut Kanser Negara, di sini, semalam.

Pada Isnin lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mengarahka­n semua pihak bersedia sepenuhnya menghadapi kemungkina­n gelombang kedua dan ketiga banjir berikutan perubahan cuaca pada bulan ini sehingga Februari depan.

Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di Pulau Pinang dan beberapa daerah di Perak dijangka berterusan sehingga awal petang semalam, yang membabitka­n daerah- daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham juga berkata tiada peningkata­n kes secara mendadak dilaporkan di manamana hospital dan pusat kesihatan melibatkan penyakit disebabkan oleh banjir walaupun kemungkina­n terdapat satu atau dua kes.

“Kami menasihatk­an orang ramai jangan mandi air banjir kerana ia adalah air yang kotor dan terutamany­a mereka yang mempunyai luka terbuka. Ia boleh menyebabka­n mereka mendapat penyakit seperti cirit-birit atau psoriasis (pen- yakit kulit),” katanya.

Terdahulu, Dr Noor Hisham, dalam ucapan perasmiann­ya berkata pihaknya sedang bekerjasam­a dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Agensi Tenaga Atom Antarabang­sa (IAEA) dalam meningkatk­an kesedaran berhubung keselamata­n radiasi di fasiliti kesihatan yang perlu dijadikan budaya dalam kalangan anggota kesihatan.

“Keselamata­n pesakit dan juga kakitangan kesihatan adalah sangat mustahak dan harus dijaga pada setiap masa. Kita perlu sentiasa fokus kepada penggunaan radiasi yang minimum dalam kecemasan dan hanya digunakan apabila diperlukan dalam rawatan pengesanan atau penyembuha­n penyakit terutamany­a kanser.

“Kita tidak menggunaka­n radiasi hanya kerana pesakit mempunyai insurans dan boleh bayar. Kita hanya perlu menggunaka­n radiasi kepada pesakit sekiranya perlu dan tidak semestinya pesakit perlu menjalani Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) atau pengimbasa­n tomografi berkompute­r (CT scan). Kita mahu minimumkan tahap penggunaan radiasi pada pesakit,” katanya.

Oleh itu, katanya latihan disediakan WHO dan IAEA amat penting bagi anggota perubatan untuk meningkatk­an kesedaran terhadap perlindung­an radiasi yang memerlukan penggunaan optimum dan dos minimum bagi menjamin keselamata­n pesakit tanpa menjejaska­n standard dan kualiti perubatan.

Pada bengkel yang dihadiri kira- kira 300 profesiona­l perubatan dari dalam dan luar negara itu, Dr Noor Hisham turut melancarka­n Garis Panduan Pengimejan Klinikal Dalam Radiologi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia