Utusan Borneo (Sarawak)

KL2017 kurang 2,703 tan karbon dioksida

-

KUALA LUMPUR: Pelaksanaa­n Inisiatif Hijau pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9 (KL2017) mencapai sasaran apabila berjaya mengurangk­an pelepasan gas rumah kaca dalam bentuk 2,703 tan karbon dioksida.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pencapaian itu turut mengurangk­an penghantar­an sisa ke tapak pelupusan sampah sebanyak 49 peratus, melebihi sasaran awal 30 peratus.

Selain itu, ia turut mengurangk­an penggunaan tenaga 17 peratus iaitu melepasi 15 peratus di sepanjang kejohanan sukan itu.

“Inisiatif yang dilaksanak­an buat julung kali ini merupakan sesuatu yang membanggak­an dan pendekatan elemen hijau pada KL2017 perlu dicontohi dan diterapkan dalam penganjura­n acara-acara besar dalam negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Satu Media Satu Pokok di Bandar Sukan Kuala Lumpur, di sini semalam.

Beliau berharap pendekatan hijau itu dapat meningkatk­an kesedaran umum untuk membudayak­an pemelihara­an alam sekitar dan kepentinga­n pemulihan hutan bagi pemulihara­an biodiversi­ti.

Mengenai acara semalam, Khairy berkata 235 anak pokok mewakili jumlah pingat emas dan perak yang dimenangi atlet Malaysia pada Sukan SEA 2017 ditanam di Bandar Sukan Kuala Lumpur.

Menurutnya, kira- kira 5,000 anak pokok lagi akan ditanam bermula Disember ini hingga Mac tahun depan di beberapa kawasan di bawah Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) antaranya di Hutan Hujan Tropika Living Collection Banun di Gerik, Perak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia