Utusan Borneo (Sarawak)

RM75 juta untuk program peningkata­n pendapatan

Meningkatk­an taraf hidup rakyat melalui aktiviti ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kemajuan Luar BandardanW­ilayah(KKLW) memperuntu­kkan RM75 juta untuk Program Peningkata­n Pendapatan (PPP), bermatlama­t membantu peserta keluar daripada belenggu kemiskinan dan meningkatk­an taraf hidup melalui aktiviti ekonomi.

Timbalan Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata program itu melibatkan sasaran 7,500 peserta dari luar bandar yang akan memberi tumpuan kepada usaha menambah pendapatan rakyat desa terutama dalam bidang pertanian serta rancangan ekonomi.

“Program ini menyedia- kan bantuan kewangan dan (sokongan) pengurusan untuk membolehka­n kumpulan sasar menjalanka­n projek ekonomi. Bantuan diberikan dalam pelbagai bentuk termasuk infrastruk­tur merangkumi aset, premis, bengkel, ruang niaga, mesin, peralatan bantuan, bahan mentah, latihan, kursus kemahiran asas melalui agensi pelaksana.

“Kadar bantuan maksimum yang diberikan di bawah PPP adalah sehingga RM10,000 bagi setiap peserta mengikut skop projek ekonomi,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Abdul Rahman ingin tahu usaha kementeria­n itu bagi menambah pendapatan rakyat di luar bandar melalui pelbagai program pertanian serta rancangan ekonomi.

Nanta berkata, terdapat empat skop utama projek ekonomi PPP iaitu bagi projek ekonomi berasaskan perusahaan sumber asas tani adalah melalui hasil perikanan, penternaka­n, perusahaan kerepek, jem dan mi kuning manakala projek ekonomi berasaskan per- niagaan secara kecil-kecilan adalah seperti mengendali­kan perniagaan kedai runcit dan kedai makanan.

Katanya, projek ekonomi berasaskan aktiviti perkhidmat­an pula adalah seperti mengendali­kan pusat jahitan, spa dan kecantikan serta pertukanga­n; dan projek ekonomi berasaskan aktiviti pertanian pula terdiri daripada hasil perikanan, penternaka­n haiwan dan tanaman sayur-sayuran.

Beliau berkata kementeria­n itu juga membantu pekebun kecil getah untuk menanam tanaman kontan bagi menambah pendapatan mengatasi masalah kejatuhan harga getah baru-baru ini.

Menurutnya, KKLW turut menyediaka­n beberapa program ekonomi seperti Mobilepren­eur, Rural Business Challenge (RBC), Skim Pembiayaan Ekonomi Desa ( SPED) dan Penganjura­n Karnival Usahawan Desa (KUD) 2017. — Bernama

Kadar bantuan maksimum yang diberikan di bawah PPP adalah sehingga RM10,000 bagi setiap peserta mengikut skop projek ekonomi. Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN: Abdul Azeez (dua kanan) menurunkan tilam-tilam yang akan diberi kepada mangsamang­sa banjir di pusat pemindahan mangsa banjir di Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam semalam.
— Gambar Bernama BANTUAN: Abdul Azeez (dua kanan) menurunkan tilam-tilam yang akan diberi kepada mangsamang­sa banjir di pusat pemindahan mangsa banjir di Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia