Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Zahid jamin rawatan terbaik untuk Anwar

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam memberi jaminan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah kesihatan di Penjara Sungai Buloh, Selangor, diberikan rawatan yang terbaik.

Katanya, pihak Kementeria­n Kesihatan telah mengambil langkah-langkah yang memenuhi permintaan Anwar dan keluargany­a berhubung perkara itu.

“Saya ingin menyatakan bahawa rawatan yang terbaik daripada doktor pakar yang sesuai dan ‘post operation’ atau rawatan pasca pembedahan akan diberikan kepada beliau dan kita tentunya mendoakan agar selepas rawatan ini beliau akan segera sembuh.

“Kita berharap pegawaipeg­awai perubatan Kementeria­n Kesihatan dapat memberikan rawatan yang terbaik dan pasca rawatan yang terbaik juga,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi Kementeria­n Dalam Negeri, di Dewan Rakyat semalam.

Jawapan Ahmad Zahid itu disambut baik oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), yang juga anak kepada Anwar, yang mencelah penggulung­an itu dengan mengucapka­n terima kasih dan turut memohon jaminan keselamata­n terhadap banduan di penjara susulan kemalangan jalan raya yang menimpa Anwar baru-baru ini.

Pada 22 Sept lalu, Anwar yang mendapat rawatan untuk masalah kesihatany­a di Hospital Kuala Lumpur (HKL), terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari hospital berkenaan ke Penjara Sungai Buloh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia