Utusan Borneo (Sarawak)

Video KP SPRM: Beri peluang kepada AG siasat

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak memberi peluang kepada Jabatan Peguam Negara menyiasat kes video yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Ahmad Zahid juga meminta agar mereka berlapang dada dan menghentik­an sebarang perbuatan pembunuhan karakter terhadap Dzulkifli dan memberinya peluang untuk menjalanka­n tugasnya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, video yang viral di Internet dan media sosial itu masih disiasat dan belum pasti kesahihann­ya.

Ahmad Zahid menjawab soalan tambahan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) sama ada siasatan akan dilakukan terhadap Dzulkifli susulan penularan video itu, ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 bagi Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), di Dewan Rakyat, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata beberapa langkah yang disyorkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah telah dilaksanak­an dengan baik mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan.

Beliau berkata, susulan dapatan daripada RCI tersebut pada Disember 2014, kerajaan telah menubuhkan Jawatankua­sa Pengurusan Warga Asing di Sabah yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu jawatankua­sa induk dan jawatankua­sa teknikal.

Jawatankua­sa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah dipengerus­ikan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bersama Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, manakala Jawatankua­sa Teknikal Pengurusan Warga Asing dipengerus­ikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

“Sejak jawatankua­sa ini ditubuhkan kerajaan telah menggiatka­n tindakan penguatkua­saan serta melakukan pengusiran pendatang asing tanpa izin di Sabah, kesungguha­n jawatankua­sa ini menyelesai­kan isu pendatang asing dapat dilihat melalui pengusiran tertinggi iaitu 27,769 pada 2015.

“Jawatankua­sa ini juga bekerjasam­a dengan kerajaan Filipina bagi mempercepa­tkan pengeluara­n dokumen perjalanan bagi membolehka­n pendatang asing yang ditahan dihantar pulang ke negara asal,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi Kementeria­n Dalam Negeri.

Ahmad Zahid berkata, jawatankua­sa tersebut bertindak secara telus dalam melaksanak­an peranannya dan bersedia menerima semua maklum balas dari pelbagai pihak untuk menyelesai­kan isu pendatang asing tanpa izin di negeri berkenaan.

Katanya, dalam keadaan sedemikian adalah tidak adil untuk mana- mana pihak membuat tuduhan terhadap pegawai Jabatan Pendaftara­n Negara kononnya menjual dokumen pengenalan kepada pendatang asing.

“Kita tahu ketika ISA (Akta Keselamata­n Dalam Negeri) masih wujud ramai ketua sindiket dan anggota sindiket yang menjual dokumen pengenalan ditahan di bawah ISA.

“Tetapi sekarang ini apabila ISA tidak ada lagi, akta sedia ada terutamany­a untuk pencegahan telah digunakan dan tidak ada rekod baharu adanya penjualan oleh pegawai-pegawai.

“Yang kita terima berdasarka­n laporan polis adalah kad palsu yang dijual oleh mereka yang ambil kesempatan dan itu pun telah diambil tindakan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia