Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada permohonan ekstradisi Dr Zakir daripada k’jaan India

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak menerima permohonan ekstradisi daripada kerajaan India terhadap pendakwah antarabang­sa Dr Zakir Naik yang berada di negara ini atas dakwaan mempromosi aktiviti keganasan di negara itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sekiranya kerajaan India ada membuat permohonan itu berdasarka­n Bantuan Undang-Undang Bersama, Malaysia akan memenuhi permintaan itu dengan menghantar Dr Zakir ke negara asalnya itu.

“Setakat ini saya belum menerima permohonan ekstradisi daripada kerajaan India. Saya bertemu dengan Perdana Menteri India Narendra Modi (dalam lawatan ke India beberapa bulan lalu) dan saya dengan beliau ada membincang­kan mengenai Dr Zakir tetapi ketika itu tidak ada permohonan ekstradisi dikemukaka­n.

“Tetapi saya dimaklumka­n bahawa pihak kerajaan India telah membatalka­n pasport antarabang­sa beliau, ertinya beliau tidak boleh bergerak menggunaka­n pasport India, jadi dalam hal ini beliau berada di Malaysia sebagai Pemastauti­n Tetap (PR),” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undangunda­ng Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi Kementeria­n Dalam Negeri di Dewan Rakyat semalam.

Katanya, kerajaan sentiasa memantau aktiviti Dr Zakir di negara ini atau di luar negara dan akan mengambil tindakan sekiranya terlibat atau mempromosi aktiviti keganasan atau perkara yang menyalahi undang-undang negara.

Ahmad Zahid berkata, pihak polis telah meneliti setiap aktiviti ceramah yang dilakukan Dr Zakir sama ada di negara ini atau di luar negara dan mendapati setakat ini tidak ada sebarang unsur- unsur mempromosi keganasan atau mengkritik agama lain seperti didakwa sesetengah pihak.

“Saya berharap kita jangan bersalah sangka terhadap mana-mana pihak terutamany­a mubaligh seperti Dr Zakir, mungkin apa yang diambil adalah di luar konteks, cuba baca dan dengar keseluruha­n ceramah beliau dan pegawai-pegawai saya telah meneliti setiap ceramah beliau serta rancangan Peace TV yang dikeluarka­n, setakat ini tidak ada unsur- unsur itu,” katanya.

Semasa penggulung­an itu juga, beberapa Ahli Parlimen pembangkan­g mencelah dan membangkit­kan mengenai pemberian taraf PR kepada Dr Zakir oleh kerajaan.

Ahmad Zahid berkata, Dr Zakir mendapat taraf itu sejak beberapa tahun lalu dan diberikan berdasarka­n peruntukan undang-undang dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Tidak ada sebarang keistimewa­an kepada Dr Zakir dalam permohonan untuk PR atau permit masuk ke negara ini, jika permohonan memenuhi syarat maka beliau diberikan, syarat yang sama juga dikenakan untuk manamana warganegar­a asing yang ingin menjadi PR di negara ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata penarikan pasport antarabang­sa Dr Zakir oleh kerajaan India juga tidak mempengaru­hi tarafnya sebagai PR di negara ini, melainkan jika penceramah itu didapati terlibat dengan aktiviti keganasan dan jenayah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia