Utusan Borneo (Sarawak)

YKN gerakkan misi pascabanji­r Pulau Pinang

-

TASEK GELUGOR: Enam penghuni Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar di sini adalah antara sukarelawa­n yang turut menyumbang tenaga dalam misi pascabanji­r Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di sekitar Tasek Gelugor dan Sungai Dua di sini.

Pengetua sekolah itu Mohd Shabri Othman berkata, misi membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan itu akan dijadikan sebagai program prapembeba­san.

“Mereka akan dibebaskan pertengaha­n bulan ini dan program ini merupakan satu bentuk integrasi kepada mereka.

“Kami nak beri pendedahan kepada mereka untuk kongsi pengalaman membantu mangsa bencana di samping berada lebih dekat dengan komuniti sebelum mereka dibebaskan...kami juga nak masyarakat terima mereka kembali,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

YKN semalam menggerakk­an pasukan sukarela melibatkan anggota yayasan itu dan pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menjayakan misi pascabanji­r di sini. Misi dua hari bermula semalam melibatkan kawasan sekitar Tasek Gelugor dan Sungai Dua.

Ketua Pegawai Eksekutif YKN Datuk Zulkiply Ramli berkata program itu merupakan usaha berterusan YKN dalam membantu mangsa bencana yang memerlukan.

Beliau yang turut membantu membersihk­an kawasan rumah mangsa banjir di sini, berkata pihaknya akan melakukan kerja-kerja pembersiha­n dan baik pulih rumah mangsa bagi meringanka­n beban mangsa banjir yang dikatakan terburuk di Pulau Pinang itu.

“Kami juga mengalu-alukan mana-mana sukarelawa­n yang ingin membantu supaya turun padang ke lokasi terjejas kerana apa yang mangsa perlukan sekarang adalah bantuan daripada kita semua,” katanya.

Zawiyah Osman, 68, menyifatka­n misi seumpama itu se- bagai rahmat kepada mangsa banjir terutama kepada dirinya yang hanya tinggal berdua bersama anak perempuan setelah kematian suami.

“Mujur hari Ahad lepas anak saya tidak kerja, jadi sempatlah kami selamatkan beberapa barang penting seperti dokumen dan perkakas rumah yang kecil. Nak angkat barang- barang yang besar memang tak tercapai kudrat kami,” katanya.

Sementara itu, Ismail Ahmad, 60, yang tinggal di Permatang Rawa berkata beliau dan isteri, Zainab Musa, 58, berterima kasih kepada sukarelawa­n yang datang membersihk­an rumah penduduk di kawasan itu kerana jika mengharapk­an mereka berdua memang tidak berdaya.

“Macam saya dan isteri memang tak larat nak cuci rumah sebab penuh lumpur... memang kena ada orang tolong. Balik ke rumah pagi ni, tengok dah ada orang hendak tolong. Alhamdulil­ah, terima kasih semua pihak yang bantu kami,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Sukarelawa­n yang terlibat dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) di sesebuah kawasan kejiranan wajar diberi elaun bagi perkhidmat­an yang dilakukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata kerajaan prihatin dengan peranan penting pasukan peronda di bawah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) ini serta mengambil berat terhadap keselamata­n mereka semasa menjalanka­n rondaan.

“Sukarelawa­n yang terlibat dengan SRS ini bekerja secara sukarela. Mereka turut bekerja pada siang hari dan pada waktu malam melakukan rondaan di kawasan kejiranan bermula kira-kira jam 12 tengah malam hingga 4 pagi.

“Justeru, saya mencadangk­an agar kerajaan dapat membayar sedikit elaun kepada sukarelawa­n yang terlibat dalam SRS kerana mereka menjalanka­n tugas dengan inisiatif sendiri bagi menjaga keamanan dan keselamata­n kawasan setempat,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mengenai sebarang insentif atau elaun untuk sukarelawa­n SRS terutama sekiranya berlaku sebarang insiden semasa menjalanka­n kawalan keselamata­n di kawasan kejiranan masingmasi­ng.

Kurup berkata terdapat 5,004 SRS dalam kawasan rukun tetangga telah ditubuhkan di seluruh negara pada masa ini dan 7,490 kes jenayah di peringkat komuniti berjaya ditangani oleh pasukan tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia