Utusan Borneo (Sarawak)

Cedera: Penglibata­n Nadal di London kini diragui

-

MADRID, Sepanyol: Doktor peribadi bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal, berkata Selasa lepas di mana mereka akan melakukan “segala-gala yang mereka mampu” untuk membolehka­n pemain nombor satu dunia itu beraksi pada kejohanan akhir musim ATP, Final Jelajah Dunia di London minggu hadapan.

“Kami melakukan apa yang kami mampu untuk beliau beraksi di London,” kata Angel Ruiz Cotorro kepada stesen radio Cope Selasa lepas, tetapi dalam masa yang sama tidak dapat memberi jaminan pemain itu akan beraksi di London.

Nadal menarik diri dari kejohanan Siri Master Paris sebelum ke suku akhir minggu lepas kerana kecederaan lutut, menyebabka­n penglibata­nnya di London kini diragui.

Nadal, yang mengalami kecederaan lutut dan pergelanga­n tangan sepanjang kerjayanya, membuat keputusan untuk menarik diri selepas lutut kirinya berbalut ketika kemenangan ke atas Pablo Cuevas di pusingan ketiga kejohanan Siri Master Paris.

“Kesakitan di bahagian lutut agak teruk tetapi saya merasakan adalah wajar untuk saya menamatkan perlawanan (menentang Cuevas),” kata Nadal minggu lepas.

“Saya mendapatka­n rawatan pada sebelah malam untuk cuba ber- main (perlawanan suku akhir keesokan hari) tetapi malangnya keadaan tidak memihak kepada saya.”

Ruiz Cotorro berkata Nadal tiba di Perancis “dalam keadaan yang baik tetapi mula merasai kesakitan selepas perlawanan pertama atau kedua.”

“Beliau berasa risau dan kami melakukan beberapa pemeriksaa­n tetapi tiada apa yang serius. Kami akan memulakan rawatan yang membole- hkan beliau meneruskan latihan otot supaya boleh pergi ke London seperti yang beliau mahukan.

“Anda harus bersikap yakin tetapi dalam masa yang sama juga realistik dengan situasi pada akhir musim yang luar biasa. Anda juga harus berhati-hati. Kesihatan lebih penting,” tambah doktor.

Nadal belum pernah memenangi kejohanan akhir musim, yang melibatkan lapan pemain ranking teratas dunia dengan engan pencapaian terbaik erbaik beliau au ialah muncul uncul naib aib juara pada ada 2010 dan 2013 013 selain tidak beraksi eraksi pada tiga tahun hun terakhir kerana kecederaan. ecederaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia