Utusan Borneo (Sarawak)

Koscielny bersara selepas Piala Dunia 2018

-

PARIS, Perancis: Pemain pertahanan antarabang­sa Perancis, Laurent Koscielny akan bersara dari bola sepak antarabang­sa selepas Piala Dunia 2018, dan memberi ruang kepada generasi baharu pemain, kata pemain kelab Arsenal itu Selasa lepas.

“Saya bermula agak lewat pada usia 32 tahun. Dengan Sam (Umtiti dari Barcelona) dan pemain lain di usia dua puluhan dan mengintai peluang, masanya sudah tiba untuk saya bersara,” kata Koscielny ketika memberitah­u satu sidang media di ibu pejabat pasukan Perancis.

“Ia satu keputusan penting. Saya sudah memainkan peranan saya untuk Perancis tetapi saya masih mempunyai baki enam bulan lagi untuk menggunaka­n sepenuh peluang yang anda dan memastikan mastikan saya meninggalk­an alkan kenangan manis,” is,” kata beliau.

Di bah a g i a n p e r t a - h a n a n , j u r u - l a t i h P e r a n - cis, Didier Deschamps t i d a k mempunyai masalah ah mencari pemain berbakat d e n g a n Raphael V a r a n e , 24 dan U m t i t , 23, yang membuat p penampilan sulu sulung di Euro 2016, selain Presnel Kim- pembe, 22, adalah antara pemain muda yang bersaing untuk barisan bahagian pertahanan.

“Ada lima atau enam pemain berusia seperti saya walaupun saya tidak merasakan diri saya terlalu tua,” tambah Koscielny, yang bermain 49 kali untuk Perancis.

Perancis akan menentang Wales di Paris Jumaat ini dan kemudian ke Cologne untuk menentang Jerman pada 14 November untuk perlawanan persahabat­an antarabang­sa dan persediaan awal untuk ke Piala Dunia 2018 di Rusia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEMPEN TERAKHIR: Koscielny (kiri) menghadiri sesi latihan bersama skuad Perancis di Clairefont­aine-en-Yvelines dekat Paris pada Selasa lepas.
— Gambar AFP KEMPEN TERAKHIR: Koscielny (kiri) menghadiri sesi latihan bersama skuad Perancis di Clairefont­aine-en-Yvelines dekat Paris pada Selasa lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia