Utusan Borneo (Sarawak)

37 sahkan penyertaan Pertanding­an Sepak Takraw Piala Presiden 2017

-

KUCHING: Sambutan terhadap Pertanding­an Sepak Takraw Piala Presiden 2017 ( Tan Sri Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki) bermula dari 17 hingga 19 November ini amat menggalakk­an menyaksika­n 37 regu telah mengesahka­n penyertaan.

Pengerusi pertanding­an Zaidan Leen berkata pertanding­an yang akan diadakan di Dewan Tel- ekom, Jalan Sultan Tengah Kuching itu menyediaka­n hadiah lumayan berjumlah RM5,000 kepada pemenang.

Menurutnya, juara akan membawa pulang RM2,500 manakala RM1,500 menanti naib juara.

“Tidak seperti sebelum ini, kali ini kita akan menyaksika­n perebutan tempat ketiga dan keempat yang masing- masing menawarkan hadiah wang tunai RM700 dan RM300,” katanya.

Setiap regu jelasnya akan dikenakan yuran penyertaan RM100 dan tarikh tutup menghantar borang penyertaan sebelum atau pada 15 November ini jam 5 petang.

Katanya cabutan undi dan taklimat pengurus pasukan akan diadakan pada 16 November ini, jam 4 petang di Dewan Telekom Malaysia, Jalan Sultan Tengah, Kuching.

“Setakat ini banyak regu sudah mengesahka­n penyertaan sekali gus membuktika­n sambutan yang amat menggalakk­an daripada peminat sepak takraw sekitar Kuching,” ujar Zaidan.

Menurutnya, format pertanding­an adalah antara regu secara liga dalam peringkat kumpulan ( tertakluk kepada jumlah peny- ertaan pasukan) disusuli format kalah singkir pada peringkat seterusnya.

“Penganjur mempunyai kuasa untuk meminda atau mengubah jadual perlawanan jika berlaku sesuatu kejadian di luar jangkaan dan keputusan adalah muktamad.

“Setiap regu hendaklah sanggup bertanding lebih daripada satu perlawanan dalam sehari,” katanya.

Antara lain, pertandin- gan itu adalah medan jurulatih menilai dan memilih pemain berpotensi untuk mewakili bahagian Kuching dalam Pertanding­an Sepak Takraw Piala Sarawak akan datang.

Borang penyertaan dan keterangan lanjut boleh menghubung­i Jafari Idris di talian 0138159844, Jaya Awang ( 0135115058), Ahmad Hassan ( 0146937388) dan Openg Bujang Sum ( 019596638).

 ??  ?? ABANG KHALID
ABANG KHALID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia