Utusan Borneo (Sarawak)

Misi kembalikan kecergasan menjadi keutamaan Murray

Tidak sertai kejohanan Grand Slam Terbuka Australia jika ia jejaskan program beliau untuk kembali cergas sepenuhnya

-

LONDON, England: Andy Murray membayangk­an Selasa lepas di mana beliau bersedia untuk tidak menyertai kejohanan Grand Slam Terbuka Australia tahun hadapan sekiranya ia menjejaska­n program beliau untuk kembali cergas sepenuhnya dari kecederaan pinggul.

Pemain dari Britain itu tidak beraksi perlawanan kompetetif sejak bergelut melangkah ke peringkat suku akhir k e j o h a n a n Wimbledon tahun ini, di mana beliau kemudian tewas kepada Sam Q u e r - rey dari A m e r i k a S y a r i k a t (AS).

Murray bagaima n -

Anda tidak akan tahu bila anda kembali dari mana-mana kecederaan tetapi ia adalah apa yang saya cuba usahakan. Andy Murray Jaguh tenis Britain

apun berminat untuk kembali beraksi di kejohanan Antarabang­sa Brisbane, yang bermula pada 31 Disember dan merupakan kejohanan persediaan untuk Terbuka Australia. Tetapi bercakap sebelum perlawanan pertunjuka­n menentang Roger Federer di Glasgow, Murray masih berhati-hati dengan prospek untuk kembali cergas sepenuhnya. “Anda tidak akan tahu bila anda kembali dari mana-mana kecederaan tetapi ia adalah apa yang saya cuba usah a k a n , ” kata Murray. “K i t a perlu lihat tetapi saya percaya itu situasinya. “A p a b i l a saya kembali ke gelanggang tahun hadapan dan mula bermain lagi, ia mungkin tidak di awal tahun,” kata beliau.

“Saya memukul bola dengan baik dalam latihan – ada perbezaan di antara latihan dan bermain secara kompetetif untuk dua atau tiga jam dalam gelanggang.

“Sehingga saya boleh melakukann­ya, saya tidak dapat memberi jaminan tetapi saya fikir saya dapat kembali beraksi seperti biasa.”

Murray dijangka akan ke Australia selepas memilih untuk berehat dan memulakan pemulihan berbanding menjalani pembedahan.

“Semuanya berjalan lancar dalam program pemulihan tetapi anda tidak akan tahu,” kata beliau. “Saya sudah berlatih selama beberapa minggu sekarang. Ada hari saya berasa cergas dan ada juga saya tidak begitu selesa.

“Tetapi saya akan kembali beraksi apabila sudah bersedia dan apabila saya cergas sepenuhnya. Saya mungkin melakukan kesilapan untuk cuba bersedia untuk Terbuka Australia tetapi ia adalah kejohanan besar (Grand Slam) terakhir dan saya mahu mencuba. Dan sekarang ia adalah masa untuk merehatkan diri dan menjalani pemulihan. Saya akan kembali apabila saya bersedia.”

Federer mengharung­i tahun yang hebat – memenangi Terbuka Australia – kejohanan Grand Slam pertamanya dalam tempoh lima tahun – dan kejuaraan Wimbledon selepas berehat panjang pada akhir tahun 2016 kerana kecederaan.

“Ambil masa selama mana yang kamu mahu,” nasihat Federer kepada Murray di Glasgow.

“Apabila kamu kembali, sudah tentu kamu mahu cergas sepenuhnya, jika tidak, masalah yang anda hadapi memberi kesukaran pada kejohanan besar, jadi bersikap bijak dan buat keputusan mendapatka­n rehat tambahan beberapa minggu, atau mungkin sebulan.

“Saya tahu Andy masih mempunyai banyak lagi masa untuk bermain, beliau tidak perlu terburu- buru tetapi sebagai atlet profesiona­l, anda sentiasa mahu kembali beraksi secepat mungkin.” — AFP

 ??  ?? MURRAY
MURRAY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia