Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an Badminton Piala Datuk Sebastian Ting masih dibuka

-

MIRI: Peminat sukan badminton khususnya dalam kalangan pelajar sekolah masih dialu-alukan menghantar penyertaan Pertanding­an Badminton Piala Datuk Sebastian Ting sehingga esok, 10 November.

Jurucakap penganjur berkata, pertanding­an anjuran Kelab Badminton Lopeng itu akan berlangsun­g pada 24 hingga 26 November ini.

“Walaupun telah menerima penyertaan lebih daripada 100 orang, namun pihak penganjur masih mengalu-alukan lagi penyertaan tersebut untuk merebut piala terbabit.

“Penyertaan kali ini juga amat memberangs­angkan, iaitu bukan sahaja disertai pemain dari seluruh Sarawak, malah menerima penyertaan dari Semenanjun­g Malaysia dan negara luar seperti Brunei, Thailand dan Indonesia,” jelasnya semalam.

Menurutnya, pertanding­an selama tiga hari itu akan dibahagika­n kepada 14 kategori untuk permainan perseorang­an (single) dan Beregu (double).

Bagi permainan perseorang­an kategori terbuka terbahagi kepada Lelaki Bawah 10 Tahun, Lelaki Bawah 12 Tahun, Lelaki Bawah 14 Tahun, Lelaki Bawah 16 Tahun, Perempuan Bawah 10 Tahun, Perempuan Bawah 12 Tahun, Perempuan Bawah 14 Tahun dan Perempuan Bawah 16 Tahun.

Manakala permainan beregu kategori terbuka terbahagi kepada Lelaki Bawah 11 Tahun, Lelaki Bawah 13 Tahun, Lelaki Bawah 16 Tahun, Perempuan Bawah 11 Tahun, Perempuan Bawah 13 Tahun dan Perempuan Bawah 11 Tahun.

“Bayaran RM25 akan dikenakan untuk persoranga­n dan RM50 bagi beregu. Kesemua pertanding­an akan berlangsun­g di Tung Sport Miri,” tambahnya.

Mereka yang ingin mengetahui lanjut, boleh menghubung­i Kuok Wui di talian 016-816 5237.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia