Utusan Borneo (Sarawak)

Miri sasar separuh akhir Piala S’wak 2017

-

MIRI: Pasukan Miri menyasarka­n peringkat separuh akhir Piala Sarawak 2017 meskipun pada perkiraan mata sudah layak ke peringkat suku akhir.

Pengurusny­a Abdul Wahab Aman berkata dua kemenangan Miri masingmasi­ng ke atas Kapit 5-0 dan Serikei 3-1 sudah cukup untuk melayakkan pasukan itu ke peringkat suku akhir.

Bagaimanap­un katanya, pihaknya mahu meraih kemenangan ketiga menentang Limbang petang ini ( semalam) yang juga pasukan kedua dalam Kumpulan A layak ke suku akhir.

“Kedua-dua pasukan sudah layak ke suku akhir, namun kita mahu menjadi pasukan teratas dalam Kumpulan A dengan menang kesemua perlawanan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Abdul Wahab berkata saingan sengit pada peringkat suku akhir nanti pastinya berliku namun yakin kemampuan anak- anak buahnya untuk ke layak ke peringkat seterusnya.

“Saya berharap pemain kita meneruskan momentum kemenangan dan kita bersedia menghadapi manamana pasukan pada peringkat suku akhir nanti,” katanya.

Miri jelasnya, dijangka akan bertembung dengan naib juara Kumpulan D iaitu sama ada Serian atau Sibu.

Mengulas lanjut, kemenangan dua perlawanan sebelum ini telah meningkatk­an motivasi dan semangat anak-anak buahnya untuk meraih kemenangan seterusnya.

“Saya telah memberitah­u pemain agar terus kekal komited dan fokus dengan permainan agar peluang melangkah ke peringkat lebih jauh dalam kejohanan itu tercapai,” jelasnya.

Pasukan Miri menyak- sikan gabungan pemain liga tempatan Miri, Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) serta bekas pemain Sarawak dan Kuala Lumpur.

Antaranya Benedict Martin, Abdul Razak, Micah Davis Labo, Fairul Hadi, Haizam Morshidi dan Hafiz Ilham.

 ??  ?? KE SUKU AKHIR: Kelihatan pemain Miri semakin bersemanga­t untuk menjejak kaki ke peringkat suku akhir Piala Sarawak 2017 di Mukah.
KE SUKU AKHIR: Kelihatan pemain Miri semakin bersemanga­t untuk menjejak kaki ke peringkat suku akhir Piala Sarawak 2017 di Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia