Utusan Borneo (Sarawak)

Lee Seung-gi sahkan pembabitan dalam drama ’Hwayugi’

-

PELAKON dan penyanyi popular dari Korea Selatan Lee Seung-gi yang baharu sahaja menyelesai­kan khidmat tenteranya sebelum ini pernah dilaporkan sedang mempertimb­angkan tawaran berlakon dalam drama ‘Hwayugi’.

Tidak sampai seminggu selepas menamatkan tugas tentera wajibnya, bintang drama popular ‘My Girlfriend is a Gumiho’ itu telah mengesahka­n penampilan­nya dalam drama oleh adik beradik Hong itu.

Dengan pengesahan terkini Lee Seunggi itu, ‘Hwayugi’ kini mempunyai barisan bintang yang dijangka akan menggegark­an industri drama Korea termasuk Cha Seung-won, Oh Yeon-seo, Lee Hong-ki, Bora, Sung Hyuk, dan ramai lagi, selain pengarah Par Hong-gyoon (‘Warm and Cozy’, ‘The Greatest Love’, ‘Queen Seon-deok’) dan adik beradik popular Hong (Hong Jeong-eun dan Hong Mi-ran yang bertanggun­gjawab menulis skrip untuk ‘Warm and Cozy’, ‘Master’s Sun’, ‘Big’, ‘The Greatest Love’, ‘My Girlfriend is a Gumiho’, ‘You’re Beautiful’, ‘Hong Gil Dong’, ‘Fantastic Couple’, ‘My Girl’, ‘Sassy Girl, Chun-hyang’). Kebanyakan pelakon dan kru pernah bekerjasam­a dan kini akan bergabung sekali lagi bagi drama fantasi dengan versi yang dimodenkan daripada novel klasik Cina ‘Journey to the West’. Ia mengisahka­n tentang pengembara­an mencari kebenaran dalam dunia gelap di mana kejahatan bermaharaj­alela. Pengeluara­n itu merancang karakter Son Oh-gong dengan memikirkan Lee Seunggi dan mereka merasa bertuah kerana dipilih sebagai projek pertama Lee Seung-gi. Mereka berharap dapat menunjukka­n sisi aktor itu yang belum pernah dilihat sebelum ini. ‘Hwayugi’ akan ditayangka­n pada 23 Disember di saluran swasta Korea tvN.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia