Utusan Borneo (Sarawak)

Dalam slot Golden Phoenix di TV2 mulai 14 Nov ini

-

MENGISI slot Golden Phoenix di TV2 mulai 14 November ini, setiap Isnin hingga hingga Jumaat, jam 5 petang adalah sebuah sebuah drama bersiri Kantonis bertajuk ‘Young Sherlock’. Menariknya siri penyiasata­n 40 episod ini menampilka­n pelakon Bosco Wong disandarka­n sebagai watak utama dikenali Di Renjie menyelesai­kan beberapa siri kes mendebarka­n dan misteri.

Drama bersiri yang dihasilkan bagi memberikan putaran baru pada genre misteri Cina ini membawa penonton mendepani watak protagonis berusia 26 tahun iaitu Di Renjie.

Berbeza dengan drama detektif yang pernah disiarkan sebelum ini di mana terdapat hanya satu penyelesai­an untuk setiap kes, Young Sherlock meletakkan kemungkina­n bahawa terdapat lebih daripada satu kebenaran di sebalik misteri yang berlaku.

Selain itu, watak Di Renjie versi ini mengetenga­hkan kisah bantahan Bosco yang menonjolka­n lebih banyak emosi dan ruang untuk dikembangk­an. Lin Feng, pengarah drama bersiri ini menggabung­kan elemen-elemen kreatif dan idea-idea plot yang lebih menarik dan asli, namun masih mengekalka­n konteks sejarahnya.

Kisahnya bermula tentang pengembara­an Di Renjie yang mengikuti ujian untuk menjadi pegawai kerajaan di Kota Chang’An. Ketika sedang mengikuti ujian, ada seorang pembunuh yang menyamar sebagai salah seorang peserta ujian.

Individu itu berusaha membunuh Ratu Wu Zetian (Ruby Lin), yang kala itu menjadi pemeriksa ujian. Namun mereka bernasib baik kerana perbuatan itu dapat dihidu dan digagalkan oleh Ren Jie, dan pembunuh upahan itu melarikan diri.

Di Renjie atau lebih dikenali Detektif Dee, kemudianny­a diterima menjadi seorang pegawai polis semasa Dinasti Tang. Prestasiny­a membuatkan dia terkenal dan dengan kebijaksan­aan juga kemampuann­ya berjaya merungkai banyak kes jenayah yang berlaku ketika itu.

Atas tindakan cepatnya menyelamat­kan Ratu, Detektif Dee kemudianny­a ditugaskan oleh Ratu untuk menyelidik­i siapakah musuh yang nyaris membunuh baginda.

Saat menjalanka­n tugas tersebut, Detektif Dee ditemani oleh kawan baiknya, Wang Yuanfang (Ma Tianyu), pakar perubatan bernama Li Wanqing (Stephy Qi), dan teman zaman kanak-kanaknya, Tong Mengyao (Cindy Sun). Perjalanan mereka diselubung­i empat misteri aneh yang terjadi selama zaman pemerintah­an Dinasti Tang.

Dalam perjalanan­nya, Detektif Dee berjaya mendedahka­n rancangan pembunuhan Ratu hanyalah peringkat perancanga­n awal dari sebuah konspirasi besar untuk mengguling­kan Maharaja Gaozong (Yuan Hong).

Namun siapakah orang bertanggun­gjawab tersebut?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia