Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar penembusan EEV dijangka naik kepada 50%

Ada peluang tambah baik landskap pengangkut­an awam

-

SERDANG: Kadar penembusan kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia dijangka meningkat kepada sehingga 50 peratus daripada jumlah keseluruha­n industri (TIV) pada akhir tahun selepas mencecah 42.8 peratus tahun lepas.

Timbalan Menteri Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan berkata, memandangk­an industri kenderaan motor terus menjurus ke arah kenderaan dengan keupayaan auto dan separa auto, terdapat peluang untuk menambah baik lagi landskap pengangkut­an awam sendiri Malaysia dengan penggu- naan meluas EEV.

“Dasar Automotif Nasional (NAP) memberi penekanan kepada inisiatif hijau, dengan objektif utama menjadikan Malaysia sebagai hab EEV serantau menjelang 2020.

“Dasar EEV kita disesuaika­n bagi memenuhi permintaan terhadap teknologi kenderaan pada masa depan, termasuk keperluan untuk melahirkan sumber manusia berkemahir­an, pelaburan dalam teknologi dan mobiliti mampan,” katanya selepas melancakan Simposium Automotif Antarabang­sa Kuala Lumpur dan bengkel kerja ‘Pengangkut­an Bandar dan E-Mobiliti di Malaysia: Mo- biliti Pintar ke arah EEV’ di sini, semalam.

Kadar penembusan EEV Malaysia, yang merujuk kepada peratusan EEV (kereta baharu) yang berdaftar atas jalan pada tahun tertentu mencecah 42.8 peratus daripada TIV, berjumlah 580,124 unit pada 2016.

Ahmad Maslan berkata dalam konteks Malaysia, EEV tidak terhad kepada kenderaan elektrik sahaja tetapi apa juga kenderaan yang memenuhi standard penggunaan bahan api dan paras pelepasan karbon.

Pada masa hadapan, katanya, kerajaan menyedari akan kepentinga­n pendigital­an dan sambungan ke- tika negara bergerak ke arah Revolusi Perindustr­ian Keempat.

Automasi semakin banyak digunakan dalam pelbagai sektor termasuk sektor automotif dan masa depan industri ini akan berkembang ke arah pendigital­an. dengan Internet- Untuk- Segalanya (IoT) dan pengurusan data raya menjadi ciri-ciri yang perlu sentiasa ada untuk kekal kompetitif, katanya.

Bengkel kerja tiga hari itu yang dianjurkan oleh MITI secara kerjasama dengan Singapore Cooperatio­n Enterprise and Temasek Foundation Internatio­nal menumpukan kepada sektor automotif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia