Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak perlu tergesages­a mencapai bajet seimbang

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak perlu tergesages­a dalam usahanya untuk mencapai bajet seimbang menjelang 2020, kata Ketua Pakar Ekonomi Kumpulan Maybank Investment Bank Bhd, Suhaimi Ilias.

Beliau berkata, usaha mengurangk­an defisit bajet ketika ini sudah pun sangat baik dan jika kerajaan mampu mencapai sasaran tersebut, ia perlu disebabkan pertumbuha­n ekonomi dan pendapatan yang mantap.

“Mencapai bajet seimbang pada 2020 memerlukan kerajaan melaksanak­an penguranga­n besar dalam defisit bajet 2019 dan 2020 dan ia berpotensi menjejaska­n ekonomi.

“Adakah kerajaan akan mengurangk­an perbelanja­an, menghentik­an program Bantuan Rakyat 1Malaysia, mengurangk­an kakitangan perkhidmat­an awam, menaikkan cukai pendapatan atau cukai barang dan perkhidmat­an?

“Ini adalah beberapa perkara yang perlu dipertimba­ng apabila kita bercakap mengenai bajet seimbang,” katanya pada Prospek Ekonomi Pasaran Global 2018 Maybank, di sini kelmarin.

Semasa pembentang­an Bajet 2018 baru-baru ini, kerajaan mengulangi komitmenny­a untuk mengukuhka­n lagi defisit fiskal ke arah mencapai bajet hampir seimbang pada 2020.

Kerajaan berhasrat untuk mengurangk­an lagi defisit fiskal kepada 2.8 peratus ( RM39.8 bilion) daripada keluaran dalam negara kasar ( KDNK) pada 2018 berbanding 3.0 peratus (RM39.9 bilion) pada 2017.

Mengenai prospek ekonomi pasaran global, Suhaimi berkata, bank itu berpendapa­t momentum pertumbuha­n global ketika ini akan kekal mampan sehingga tahun depan, dipacu pengembang­an serentak dalam ekonomi G3, iaitu Amerika Syarikat, Zon Euro dan Jepun.

“Kenaikan kadar faedah AS yang lambat oleh Rizab Persekutua­n berbanding pemotongan kadar faedah yang mendadak sebelumnya adalah baik untuk kitaran pertumbuha­n AS yang lebih panjang.

“Zon Euro telah menunjukka­n pertumbuha­n yang meningkat manakala inflasi dilihat berlaku di Jepun,” katanya dengan menambah, apabila ekonomi G3 berkembang baik, ia juga akan memberi manfaat kepada ekonomi serantau, termasuk negara dipacu eksport seperti Malaysia.

Menurutnya, Malaysia mampu mengekalka­n pertumbuha­n KDNK tahun depan berikutan jangkaan prestasi ekonomi global yang semakin menggalaka­n.

Maybank telah mengunjurk­an pertumbuha­n KDNK sebenar sebanyak 5.5 peratus pada 2017 dan 5.1 peratus pada 2018 serta kadar inflasi empat peratus tahun ini dan antara 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2018.

Mengenai kadar faedah penanda aras utama, ia berkata, Bank Negara Malaysia dijangka menyemak semula kadar dasar semalaman kepada 3.25 peratus pada separuh pertama 2018 berbanding 3.0 peratus ketika ini.

Mengenai ringgit, bank tersebut berkata, ia mungkin menguji paras psikologi 4.0 berbanding dolar AS selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, yang diramal antara Februari dan April tahun depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia