Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran hartanah terus perlahan dalam beberapa tahun: JPPH

-

KUCHING: Jabatan Perkhidmat­an Hartanah dan Penilaian (JPPH) menjangkak­an pasaran hartanah akan terus perlahan dalam tempoh beberapa tahun mendatang.

Dalam kenyataan JPPH kelmarin, ia bagaimanap­un masih dalam keadaan sederhana stabil kerana disokong oleh pelbagai insentif berkaitan hartanah dan dasar kewangan yang bertolak ansur.

Bagaimanap­un, pasaran hartanah masih terus perlahan pada 2016, terdapat lebih 320,000 transaksi bernilai RM145.41 bilion yang mencatatka­n penurunan sebanyak 11.5 peratus.

Semua subsektor menyaksika­n penurunan dalam aktiviti pasaran kecuali bagi subsektor pertanian.

Subsektor perumahan pula terus memacu pasaran keseluruha­n dengan sumbangan 63.4 peratus dalam jumlah dan 45.1 peratus dalam nilai.

Rumah mampu milik masih mempunyai permintaan lebih 65 peratus daripada transaksi perumahan yang berada dalam dalam lingkungan RM300,000 ke bawah.

Selari dengan kelembapan pasaran jumlah pelancaran projek hartanah baharu menurun kepada hampir 53,000 unit iaitu penurunan sebanyak 9.8 peratus pada tahun lepas.

Prestasi jualan juga lebih rendah pada kadar 31.4 peratus berbanding 42.1 peratus pada 2015 sekali gus menjadikan penyerapan pasaran perlahan banyak unit hartanah yang tidak terjual.

Pihak JPPH menekankan bahawa ia merupakan isu penting yang perlu ditangani oleh semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan dan pemaju hartanah.

Kedua-duanya mesti menunjukka­n ketekunan sewajarnya sebelum membuat keputusan pembanguna­n bagi mengelak situasi bekalan berlebihan.

Maka itu, data yang tepat dan cepat adalah juga sangat penting.

Pihaknya menggesa agar semua penyedia data untuk terus membekalka­n data seperti yang diwajibkan oleh akta. Pada masa yang sama, JPPH harus mengukuhka­n peranannya sebagai sumber data hartanah utama di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia